View: 387|Reply: 0
|
[Johor]
Di mana telur...
[Copy link]
|
|
ANTARA hantaran yang tular mengenai kekurangan bekalan telur di sekitar Kota Tinggi. FOTO tular
Johor Bahru: Kekurangan bekalan telur di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini serta di Kota Tinggi semakin ketara sejak tempoh dua hingga tiga hari kebelakangan ini hingga membimbangkan orang ramai.
Seorang peniaga kek, Azman Azis, 45, berkata bekalan telur semakin sukar diperoleh termasuk di kawasan Plentong di Masai, Taman Gembira di Tampoi dan Uda Utama di Skudai di sini.
Malah beberapa rakan niaganya juga mengeluh kerana berdepan masalah sama di Kota Tinggi di sini sejak beberapa hari lalu.
Katanya, bukan saja di kedai runcit, bekalan telur juga terhad di pasar raya mahupun pasar sekitar bandar raya ini.
"Ada yang mengehadkan satu papan bagi setiap pelanggan hingga kami sukar bagi memenuhi tempahan kek kerana ia antara bahan utama produk kami.
"Diharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau masalah ini dan mengambil tindakan sesuai.
"Pengguna serta peniaga seperti kami menjadi mangsa kerana permasalahan ini kerap berulang dan diharap ia tidak berkekalan seperti sebelum ini," katanya.
Sementara itu, seorang peniaga pasar tani Permas Jaya, Zainab Reduan, 63, berkata dia juga tidak dapat menampung permintaan pelanggannya kerana sukar mendapatkan bekalan telur yang mencukupi.
Menurutnya, ada segelintir pembekal mengehadkan jualan telur ayam sebanyak 10 papan bagi setiap peniaga manakala ada yang memberi alasan stok dimiliki sudah ditempah pelanggan tetap.
Katanya, dia mendapati bekalan telur gred A, B dan C amat terhad berbanding telur kampung selain gred D dan E.
"Sejak dua hingga tiga hari lalu, saya hanya memiliki bekalan telur gred D selain telur kampung.
"Malah saya juga ke Masai, Pasir Gudang bagi membeli telur untuk dijadikan sebagai stok selama sehari kerana setiap hari saya jualan telur ayam mencecah 40 hingga 50 papan.
"Malangnya bekalan telur di Masai juga terhad dan ia bukan saja menimbulkan kesulitan kepada peniaga seperti saya malah pengusaha bakeri, pengusaha restoran, pengusaha kantin dan gerai makan, penjual makanan serta penduduk sekitar," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, bekalan telur di bandar raya ini agak berkurangan berikutan permintaan yang tinggi daripada sebilangan pengusaha dan peniaga makanan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan KPDNHEP mendapati penghantaran daripada pembekal serta pemborong telur adalah seperti biasa dan tidak berdepan sebarang masalah.
"Permintaan meningkat mendadak dan KPDNHEP akan terus memantau daripada segi pengeluaran mahupun bekalan telur," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/886926/di-mana-telur |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|