View: 1564|Reply: 2
|
Secara automatik ada dalam telefon, Firdaus muat turun gambar dan tangkap layar lucah melalui Whatsapp!
[Copy link]
|
|
Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Mohd Fairuz Abu
TENOM: Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu pendakwah Firdaus Wong menerima gambar serta beberapa tangkap layar berunsur lucah dikaitkan dengan seorang pengadu wanita selepas dikongsikan saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, berkata semua gambar dan tangkap layar berkenaan diberikan kepadanya menerusi WhatsApp.
"Beliau (Mohd Fairuz) berkongsi semua gambar serta beberapa tangkap layar mesej lucah diterima pengadu kepada saya.
"Hal ini selepas Akhi memaklumkan kepada saya bahawa pengadu menerima mesej serta gambar-gambar lucah daripada Ebit Lew.
"Antaranya adalah gambar kemaluan lelaki dan tangkap layar mesej lucah. Saya kemudiannya memuat turun gambar serta tangkap layar berkenaan selepas diberikan Akhi dan secara automatik semuanya berada di dalam telefon bimbit saya," katanya pada perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim, 37.
Firdaus yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.
Dalam pada itu, Zahida turut mengemukakan pertanyaan mengenai peranan Firdaus dalam penulisan hantaran dimuatnaik di laman sosial Facebook atas nama Akhi Fairuz Al-Jengkawi pada 21 Julai 2021 yang mencadangkan wanita lain menjadi mangsa supaya menghubungi Mohd Fairuz Abu bagi kaunseling serta bantuan membuat laporan.
Firdaus memaklumkan hantaran berkenaan dimuat naik Mohd Fairuz Abu selepas berbincang dengannya dan mendapati terdapat wanita lain yang mengadu kepada mereka mengenai gangguan seksual oleh Ebit Lew.
"Oleh itu, kami menawarkan sekiranya ada wanita lain di luar sana yang menjadi mangsa gangguan seksual untuk tampil ke hadapan tanpa perlu risau," katanya.
Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menangguhkan prosiding dan perbicaraan akan disambung semula pada 20 sehingga 22 Disember depan.
Ebit Lew pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan membabitkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.
Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.
|
|
|
|
|
|
|
|
Firdaus Wong hadir di Mahkamah Majistret Tenom bagi memberi keterangan berkaitan perbicaraan kes gangguan seksual oleh Ebit Lew. - Foto NSTP/Yun Mikail |
|
|
|
|
|
|
| |
|