|
Kenapa Bijak Pandai meninggalkan ajaran Bible ???
[Copy link]
|
|
Soalan yg sangat baik. Dan jawapannya ada dlm alkitab juga.
1 Korintus 2:14 Tetapi manusia duniawi tidak menerima apa yang berasal dari Roh Allah, karena hal itu baginya adalah suatu kebodohan; dan ia tidak dapat memahaminya, sebab hal itu hanya dapat dinilai secara rohani.
1 Kor 3:18 Janganlah ada orang yang menipu dirinya sendiri. Jika ada di antara kamu yang menyangka dirinya berhikmat menurut dunia ini, biarlah ia menjadi bodoh, supaya ia berhikmat.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 119# erusi2
Tak perlu lah kamu memikirkan orang yang tidak percaya pada bible itu. Tetapi cuba fikirkan diri kamu sendiri yang percaya pada bible itu. Disebabkan kamu percaya pada bible, then sila buktikan kepercayaan kamu itu adalah berdasarkan bukti yang kukuh dan pasti. Ada banyak kesalahan ayat-ayat dalam bible yang telah saya paparkan. Then sila buktikan bahawa apa yang saya paparkan itu adalah bukanlah kesalahan. Sila buktikan bahawa tiada kesalahan di dalam bible adalah sesuatu yang pasti. Jika itu kamu tidak mampu buktikan, then maknanya kamu hanya beriman secara buta tuli.
Bila org tunjuk dan beritahu, lihat dan dengarkan. Jangan setiap kali mengulangi ayat umum yg sama, "byk kesalahan". Kesalahan ke atau saudara tak terima? Soalan-soalan saudara pun dah byk yg saya jawab, byk yg dah diberi jawapan. Saya buktikan alkitab saya benar dgn mengatakan apa yg dikatakan dlm alkitab tidak dpt disangkal sampai hari ini.
Tuhan sendiri pun mengatakan dlm alkitab; kedua-dua perjanjian lama dan baru, yg Dia akan menjaga FirmanNya. Dan tiada yg akan lupus daripadaNya.
Persoalan di sini; rasanya buku mana yg masih kekal dari zaman musa sehingga zaman Yesus? Mana buku yg mempunyai salinan yg terbyk di dunia. Buku mana dlm sejarah yg paling terpelihara? Kalau alkitab adalah buku manusia, ianya patut dah pupus ribuan tahun yg lalu tetapi ia tidak, kerana itu yg dibenarkan oleh Tuhan yg Maha Kuasa. Dan Dia membuktikan kata-kataNya dgn berbuat demikian.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
no islamic discussion plz |
|
|
|
|
|
|
|
Reply calla
Tak perlu lah kamu memikirkan orang yang tidak percaya pada bible itu. Tetapi cub ...
erusi2 Post at 29-9-2011 00:26 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
maka, buktikanlah angin tu boleh dinampak, kasih sayangmu boleh kami rasai... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 117# Dzulqarnain
Setuju sekali dengan ayat yang sangat mentauhidkan Allah itu, jadi harus waspada dengan syirik yang halus yang nampaknya seperti benar. Syirik dosa tidak berampun, Allah bukan tuhan, Allah adalah Allah. AL LAH dalam bahasa arab bermakna IA ADA. Jadi bila menyebut TUHAN ITU ALLAH bererti TUHAN ITU IA ADA, yang ada ialah tuhan bukan ALLAH. Tuhan adalah ciptaan manusia yang membina golongan sendiri, menyatakan masing-masinglah yang paling dekat dengan Allah. Semua perjalanan adalah menuju Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali, itu wafat yang abadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi2 at 7-12-2011 20:30
Reply 122# kompia23
Kamu mengatakan "apa yg dikatakan dlm alkitab tidak dpt disangkal sampai hari ini." Tapi hakikatnya adalah kamu sendiri yang menyangkal apa yang diperkatakan oleh bible. Kenapa saya mengatakan macam tu? Sebagai contoh bible mengatakan anak Arni adalah Admin, tetapi kamu menyangkalnya dengan mengatakan anak Arni bukannya Admin tetapi adalah Aminadab.
So hakikatnya kamu sendiri yang menyangkal bible.
Jika bible menyebut Tuhan sendiri yang menjaga firmannya, maka kenapa pula antara manuskript bible itu sendiri saling tidak sama, dengan kata lain ayat-ayatnya berada dalam keadaan tidak terpelihara? Apa yang pasti di dalam bible itu sudah wujud ayat-ayat yang bukannya firman Tuhan jika kita lihat dalam pelbagai versi bagi satu ayat yang sama. Justeru itu bukannya melambangkan Tuhan menjaga firman Nya dalam bible itu. Dakwaan bahawa Tuhan menjaga firmannya dalam perjanjian baru dan lama adalah hanya kata-kata kosong kerana bukti kesalahan dalam bible itu tidak dapat dinafikan oleh kelompok kristian. Malah lebih malang lagi mereka sendiri mengakui kesalahan tersebut.
Kamu mengatakan sudah jawab. Apa yang kamu jawab? Kamu hanya mengatakan 2 versi ayat bible itu salah satunya pasti menyamai autographnya. Itu bukan pembuktian, tetapi itu adalah hanya sangkaan kamu. Jika salah satu versi bible itu terbukti bersifat seperti 1+1=3, then atas dasar apa untuk mengatakan salah satu versi lagi mustahil bersifat 1+1=4? Tiada. Itulah jawapan kamu iaitu kamu hanya bersandarkan sangkaan kamu semata-mata dengan menganggap salah satu versi bible itu pastinya bersifat 1+1=2. Tetapi buktinya tiada. Kerana tiada bukti bahawa salah satu versi itu pastinya menyamai autographnya.
Itu yang bagi ayat yang ada 2 versi. bagi yang ada 3 versi macam mana? Mana satu yang pastinya menyamai naskah autographnya? semua itu tidak dapat dipastikan. Justeru itu bukan jawapan penyelesaian tetapi itu hanya statement yang masih dipenuhi keraguan kerana apa yang diperkatakan tidak disusuli dengan pembuktian. Dengan kata lain itu bukan jawapan, tetapi itu adalah misteri yang masih belum terungkai. Tanpa pembuktian yang pasti, maka selagi itulah penyelesaian tidak akan dapat diperolehi.
Apa guna dengan buku yang paling banyak salinan di dunia ini jika salinan-salinan yang ada itu saling berbeza antara satu sama lain? Itu hanya melambangkan salinan-salinan yang banyak yang saling berbeza itu sudah mengalami pengubahan-pengubahan sehingga tidak dapat dikenal pasti yang mana satu salinan yang masih menyamai naskah yang asli, dan lebih malang lagi adalah tidak dapat dipastikan apakah masih wujud salinan yang menyamai naskah yang asli??
Kuantiti tiada makna jika tiada kualiti.
Reply 124# louiektc
maka, buktikanlah angin tu boleh dinampak, kasih sayangmu boleh kami rasai...
Angin itu salah satu sifatnya adalah sememangnya tidak akan dapat dilihat. Justeru seharus kita tidak akan melakukan sesuatu pembuktian terhadap agin yang mana ianya tidak menepati sifat-sifat angin itu sendiri. Sebagai contohnya adalah Ali adalah seorang lelaki. Then kita tidak akan dapat membuktikan bahawa Ali adalah seorang wanita, kerana status "wanita" itu bukanlah sifat bagi Ali. Sepatutnya kamu mengatakan "buktikan angin itu ada", bukannya "buktikan angin itu boleh dinampak".
Buktinya angin itu ada adalah mudah. Kerana tanpa angin, tiada akan berlaku ribut taufan dan sebagainya. Justeru dengan kewujudan peristiwa ribut taufan, ianya membuktikan kewujudan angin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 124# louiektc
maka, buktikanlah angin tu boleh dinampak, kasih sayangmu boleh kami rasai...
Angin itu salah satu sifatnya adalah sememangnya tidak akan dapat dilihat. Justeru seharus kita tidak akan melakukan sesuatu pembuktian terhadap agin yang mana ianya tidak menepati sifat-sifat angin itu sendiri. Sebagai contohnya adalah Ali adalah seorang lelaki. Then kita tidak akan dapat membuktikan bahawa Ali adalah seorang wanita, kerana status "wanita" itu bukanlah sifat bagi Ali. Sepatutnya kamu mengatakan "buktikan angin itu ada", bukannya "buktikan angin itu boleh dinampak".
Buktinya angin itu ada adalah mudah. Kerana tanpa angin, tiada akan berlaku ribut taufan dan sebagainya. Justeru dengan kewujudan peristiwa ribut taufan, ianya membuktikan kewujudan angin.
erusi2 Post at 7-12-2011 20:01 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Pembuktian erusi terhadap angin tepat dengan pembetulan sekali. Bagus!
Angin wujud kerana penggerakkan udara. Tetapi penggerakkan udara yang sangat laju dan bertekanan tinggi sememangnya boleh dinampak dengan mata manusia. Itu bukan suatu perkara yang ajaib, atau kerja Tuhan. Aku cuma nak membuktikan di sini, sekiranya padangan seseorang hanya tertumpu kepada sifat umum yang kamu ketahui, tidaklah seseorang dapat melihat sesuatu yang bagai keajaiban dalam alam bertenaga tinggi. Sama juga, sekiranya kamu menggunakan pandangan dari satu sudut sebagai seseorang manusia biasa yang pandai berlogik, detik-detik macamni agak sukar dihayati. Yang biasanya tidak ternampak dengan mata biasa, tidak bermakna benda tu langsung tidak mengandungi sifat-sifat lain. Sekiranya Ali-mu yang tidak dapat dibukti samada jantan atau bertina pula sukar dibayangi, tetapi itu benar-benar berlaku. Adakah Tuhan yang maha sempurna akan mencipta sesuatu yang bersifat 'factory reject' bagi sesetengah orang? Atau perlulah kita memberi kasih sayang yang sama taraf seperti mana Yesus mengasihi orang yang berdosa.
OK...kenapa tidak memberi jawaban bahagian kedua..kita dah lama tunggu.
![](http://image.dili360.com/news/gclw/xxjs/2010/1215/36_512906040_20101215110332.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi2 at 11-12-2011 00:50
Reply 127# louiektc
Gambar yang kamu beri itu bukan menunjukkan pergerakan udara yang laju tetapi pergerakan kapal terbang yang laju. Yang bergerak adalah kapal terbang itu, bukannya udara.
Kalau kita tengok ribut taufan. Kita boleh nampak bentuk angin yang bertiup. Tetapi yang kita nampak tu bukannya angin tetapi unsur-unsur yang dibawa oleh angin yang bergerak itu. Contohnya pergerakan angin itu menyebabkan debu dan air turut berterbangan. Justeru yang kita nampak itu adalah debu dan air, bukannya udara yang membawa debu dan air itu.
Sama juga, sekiranya kamu menggunakan pandangan dari satu sudut sebagai seseorang manusia biasa yang pandai berlogik, detik-detik macamni agak sukar dihayati.
Sebab itulah saya sentiasa memberi peluang kepada kelompok kristian untuk memberikan penjelasan mereka berkenaan dengan kesalahan-kesalahan ayat bible yang telah saya paparkan itu. Saya tertanya-tanya, apakah kesalahan-kesalahan ayat bible yang saya paparkan itu sudah diketahui oleh kelompok kristian atau belum? Jika belum tahu, then sekarang saya sudah bagitahu dan ini menjelaskan bahawa kelompok kristian itu belum cukup meneliti bible mereka. Jika sudah tahu maka seterusnya saya ingin tahu apakah penjelasan yang diketahui oleh kelompok kristian berkenaan permasalahan tersebut yang menyebabkan mereka tidak ragu dengan kepercayaan kristian itu. Jika kamu mengatakan kes ini termasuk detik-detik yang sukar dihayati, then apakah kamu juga mengalami detik-detik yang sukar dihayati? jika kamu juga sukar untuk menghayati, maka atas dasar apa kamu boleh mempercayai sesuatu yang sukar untuk dihayati? Apakah kamu hanya mempercayai secara membuta tuli? Jika kamu sudah menghayatinya, maka perjelaskan apa yang telah kamu hayati? Bagaimana kamu pasti bahawa apa yang kamu hayati itu adalah benar? Apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu benar-benar pasti bahawa apa yang kamu hayati itu adalah sesuatu yang benar?
Seperti kata kamu iaitu "Yang biasanya tidak ternampak dengan mata biasa, tidak bermakna benda tu langsung tidak mengandungi sifat-sifat lain." Sila perjelaskan dngan lebih detail kaitannya dengan permasalahan ayat dalam bible itu?
OK...kenapa tidak memberi jawaban bahagian kedua..kita dah lama tunggu.
Bahagan kedua tu berkenaan dengan statemenat "kasih sayangmu boleh kami rasai..." ker?
Jika demikian penjelasannya sama dengan angin yang sifatnya tak nampak tu. Konsepnya sama saja. Kasih sayang sifatnya tidak boleh dirasai. Kerana deria "rasa" itu melibatkan anggota lidah. Kamu boleh rasai kasih sayang ker? Apa rasanya, kelat? pahit? Masih? Atau apa? Bagaimana kamu dapat rasa kasih sayang tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply louiektc
Gambar yang kamu beri itu bukan menunjukkan pergerakan udara yang laju tetapi pe ...
erusi2 Post at 11-12-2011 00:39 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
"Yang biasanya tidak ternampak dengan mata biasa, tidak bermakna benda tu langsung tidak mengandungi sifat-sifat lain."
Penjelasan saudara cukup jelas dan lojik dari segi fenomena pada gambar itu. Gambar itu sememangnya menunjukkan udara yang biasa tidak dilihat akan ternampak sekiranya udara sangat tertekan oleh gelombang bunyi (udara bergerak laju juga menghasilkan tekanan yang sebesar gini). Gambar sebegini tidak akan diperolehi sekiranya kapal terbang itu terbang di angkasa lepas atau di waktu malam yang gelap sekali, walaupun ia mampu bergerak lebih lagi laju berbanding pada masa dalam gambar itu. Maka, yang mempaparkan kepada mata kita ialah sifat-sifat udara yang terkandung itu hanya dapat dilakukan oleh udara sendiri dengan adanya cahaya dalam keadaan tertentu, bukannya disebabkan oleh kapal terbang yang laju atau cahaya yang terang.
Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah lojik yang lazim kita pakai masih tidak cukup bagi kita memafami kerja-kerja Tuhan ke atas kehidupan kita. Tuhan macam udara, sentiasa bersama kita dan di dalam kita juga. Ia tidak ternampak, kalau diganggu, terasanya angin. Kalau tiada udara, sampai lemas mati baru kita menyedari bertapa bagus adanya udara.
Cahaya itu bagaikan firman Tuhan dalam kitab yang menjadikan buta boleh nampak sesuatu yang tidak dilihat. Kapal terbang itu bagaikan sendiwara kedihupan kita yang penuh dengan logik disebaliknya. Tanpa pengetahuan ke atas sifat-sifat udara, maka tiada ciptanya kapal terbang oleh manusia.
Jika demikian penjelasannya sama dengan angin yang sifatnya tak nampak tu. Konsepnya sama saja. Kasih sayang sifatnya tidak boleh dirasai. Kerana deria "rasa" itu melibatkan anggota lidah. Kamu boleh rasai kasih sayang ker? Apa rasanya, kelat? pahit? Masih? Atau apa? Bagaimana kamu dapat rasa kasih sayang tu?
Seandainya saudara erusi tidak/belum dapat/tahu rasa kasih sayang, bukan kerana erusi tidak berdaya. Tetapi belum pernah lagi memberi kasih sayang kepada yang lain. Kenapa seseorang manusia mampu mengasih dan merasai dikasihi, itu ciptaan Tuhan yang paling bererti pada manusia untuk menghubung-talian dengan Tuhan.
Ingatkah erusi semasa dalam eden, segala yang disediakan oleh Tuhan kepada Adam dan Eva sememangnya mencukupi malah melebihi. Mereka bebas dari ketakutan, kuathir gelisah, berkuasa ke atas segala makluk-makluk ciptaan Tuhan, beperingkat lebih tinggi daripada malaikat, dapat bertegur sambil bergembira bersama Tuhan. Ini adalah manusia yang paling asli semasa ciptaan. Walaupun manusia sekarang sudah belajar berdosa dan melarikan diri dari Tuhan, pada hakikatnya Tuhan tetap menyayangi manusia. Tuhan bukan sahaja menyayangi orang beriman tetapi juga menyayangi orang yang berdosa, hanya Tuhan membencikan dosa yang dilakukannya.
Setakat ini, rasa kasih sayang yang paling aku hayati adalah kebersamman Tuhan disisiku yang bukan beremosi atau perasaan ghairah semata-mata, tetapi penempatan keselamatan yang bergitu benar dalam kehidupanku seperti yang dijanjikan dalam kitab yang beribu-ribu tahun ini. Janganlah saudara erusi bagitahu, erusi masih tidak terasa kasih sayang Tuhan setelah begitu lama mencari-cari kebenaran bahkan beriman kepadaNya.
Bagi keselesaan para pengkaji kitab, Paulus meringkaskan kasih sayang Tuhan seperti demikian.
Kita mengasihi, karena Allah lebih dahulu mengasihi kita. Jikalau seorang berkata: "Aku mengasihi Allah," dan ia membenci saudaranya, maka ia adalah pendusta, karena barangsiapa tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin mengasihi Allah, yang tidak dilihatnya. Dan perintah ini kita terima dari Dia: Barangsiapa mengasihi Allah, ia harus juga mengasihi saudaranya.
Bagi bahagian kesalahan ayat dalam bible, aku juga memberi peluang kepada saudara-sauda yang lebih layak..sori bro.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi2 at 15-12-2011 02:21
Reply 129# louiektc
Berkenaan dengan angin ini, kamu tidak berpegang pada ilmu pengetahuan. Apabila sesuatu bergerak di atmosfera, akan berlaku geseran antara udara dan jasad yang bergerak itu. Semua geseran akan menghasilkan haba, cumanya kadar tahap haba yang terhasil adalah bergantung kepada tahap geseran itu. Sebab itulah jika kamu melihat kapal terbang yang bergerak pada kelajuan biasa, kita tidak melihat kesan geseran antara badan kapal terbang itu dengan udara di sekitarnya kerana tahap geserannya rendah. Tetapi jika kapal terbenag itu bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi menyebabkan berlakunya tahap geseran yang tinggi antara badan kapal terbang dengan udara itu menghasilkan kesan tahap haba yang lebih tinggi. Justeru itulah yang kita lihat garisan putih sepanjang pergerakan kapal terbang itu.
Kesan haba ini dapat kita lihat. Contohnya seperti kita melihat atas suatu jalan raya dalam cuaca panas terik. Kita akan melihat pada permukaan jalanraya itu satu keadaan seperti bebayang-bebayang lutsinar (macam cerita predator tu bila predator tu dalam keadaan lutsinar)
Jika kita lihat sesuatu objek bergerak ke bumi dari angkasa. Semasa di angkasa tiadanya kesan geseran sebab tiada nya udara. Tetapi bila objek itu memasuki kawasan atmosfera, geseran antara badan objek dengan udara menyebabkan haba. Sebab itu jika dalam filem kita lihat tahi bintang yang jatuh ke bumi, tahi bintang itu akan terbakar semasa dalam keadaan jatuh tu. Dalam keadaan ini bukan udara yang bergerak, tetapi objek itu yang bergerak.
Jika kita lihat engin kapal terbang pula. Kapal terbang menggunakan udara termampat sebagai agen penghasilan haba untuk pembakaran bahan api. Udara yang termampat ini akan brada pada suhu yang tinggi, dan jika bahan api dipancitkan ke udara termampat ini menyebabkan pembakaran berlaku. Engin kapal terbang itu sendiri direka supaya pada bahagian ekzosnya, udara yang termampat yang telah terbakar itu akan berada pada kelajuan yang tinggi. Ini penting kerana konsep inilah yang mengerakkan kapal terbang itu ke depan semasa berada di udara. Namun udara yang bergerak keluar ini tidak dapat kita lihat.
Justeru faktanya adalah udara sememangnya adalah mempunyai sifat yang tidak akan dapat dilihat.
Tentang kasih sayang itu, kita mempersoalkan apakah kasih sayang itu dapat dirasa? Apakah kasih sayang itu sifatnya adalah boleh dirasa? macam angin, apakah sifatnya boleh dilihat? Sebab kamu minta dibuktikan apakah kasih sayang itu boleh dirasa. Kita bukan mempersoalkan sama ada saya atau kamu pernah menyayangi atau pernah mengasihi orang lain dan sebagainya. sila fahami punca diskusi kita ini. Baca semula di bawah,
maka, buktikanlah angin tu boleh dinampak, kasih sayangmu boleh kami rasai...
Sebenarnya perkataan 'rasa' tidak digunakan pada kasih, sayang dan seumpamanya jika kita menggunakan bahawa melayu yang standard. Contohnya kalau sesorg berkata "saya rasa sayang kat awak", itu sebenarnya adalah pertuturan pasar, bukannya pertuturan satandard bahasa melayu. Pertuturan standardnya adalah "saya sayang pada awak" atau "saya menyayangi awak". Kenapa tiada perkataan "rasa". Kerana kasih dan sayang tu, sifatnya bukan sesuatu yang boleh dirasa. Sifat "rasa" ini hanya kepada makanan dan minuman.
Apabila kita mendapati diri kita dikasihi oleh seseorang maka kita tidak akan kata "saya rasa disayangi oleh seseorg" jika kita menggunakan bahasa melayu yang standard. Tetapi dalam hal ini kita akan mengatakan "saya disayangi oleh seseorg". Kenapa? sebab sayang itu, sifatnya bukan sesuatu yang boleh dirasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply louiektc
Berkenaan dengan angin ini, kamu tidak berpegang pada ilmu pengetahuan. ...
erusi2 Post at 15-12-2011 02:19 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Betul juga cakap kamu. Aku ini bukan selalu mengikut ilmu pengetahuan manusia. Dan aku akan cuba memahami hal-hal manusia, sebelum memahami soal Tuhan.
Kepada saudara-saudari yang sedang membaca thread ini. Kami bukan bincang soal kapal terbang, tetapi lojik manusia. sori kalau pajang lebar ditulis sini.
Penjelasan erusi amat komprehensif, terimakasih. Aku cuma nak tangkap point2 supaya boleh saya baca dan faham. Anggaplah aku ini tidak berpengetahuan apa benda pun dalam udara ternampak ini.
Tetapi jika kapal terbang itu bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi menyebabkan berlakunya tahap geseran yang tinggi antara badan kapal terbang dengan udara itu menghasilkan kesan tahap haba yang lebih tinggi. Justeru itulah yang kita lihat garisan putih sepanjang pergerakan kapal terbang itu.
#1 Dari petikan atas, aku difahamkan garisan putih disebabkan kesan haba geseran. Sifat udara boleh ternampak daripada hasilan garisan putih.
..bila objek itu memasuki kawasan atmosfera, geseran antara badan objek dengan udara menyebabkan haba...tahi bintang itu akan terbakar semasa dalam keadaan jatuh tu.
#2 Dari petikan seterusnya, aku difahamkan objek akan terbakar kerana terlalu panas. Sifat udara ternampak melalui pembakaran dalam keadaan objek panas sebab bergerak terlalu laju, bergesir dengan udara statik seperti point #1.
..dalam cuaca panas terik. Kita akan melihat pada permukaan jalanraya itu satu keadaan seperti bebayang-bebayang lutsina
#3 Dari petikan ini, aku difahamkan haba 'memesongkan' garis pancaran cahaya seperti bayang lutsina. sifat juga boleh dinampak. Ini berlaku dalam keadaan kedua-dua objek dan udara statik. Bagus!
.. pada bahagian ekzosnya, udara yang termampat yang telah terbakar itu akan berada pada kelajuan yang tinggi. Ini penting kerana konsep inilah yang mengerakkan kapal terbang itu ke depan semasa berada di udara. Namun udara yang bergerak keluar ini tidak dapat kita lihat.
#4 Dari hujah terakhir ini, aku difahamkan udara yang panas terbakar itu tidak dapat kita lihat, walaupun ia bergerak laju serta amat panas.
#4 bercanggah dengan hujah #3: mengatakan udara yang panas akan mengujudkan bayang-bayang lutsina.
#4 tidak berkaitan dengan hujah #2: sebab kapal terbang itu belum mencapai kelajuan yang boleh membakar diri.
#4 bercanggah dengan hujah #1: mengatakan udara yang relatifnya bergerak laju dan panas menyebabkan garisan putih yang boleh dinampak.
Apa yang saudara kemukakan adalah point-point yang memang betul pada keadaan biasa mengikut fenomena tertentu. Hujah #1 dan #3 tidak dapat menyokong penjelasan #4. Maka bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa point #4 mengandungi kesalahan? atau salah satu point #1 atau #3 adalah tidak sesuai untuk menerangkan gambar fighter berasap sebelum ini?
Maka untuk membuktikan #4 mengandungi kesilapan atas ilmu pengetahuan, disertailah gambar berikut yang membuktikan #3 itu benar. Pada masa ini, adakah #4 terbukti salah walau bercanggah dengan #3 yang betul?
Sampai sini, aku ni pun keliru, macamana selesaikan? Dipersilakan saudara erusi.
![](http://www2.picturepush.com/photo/a/6144570/img/Picture-Box/3-UAE-F16-1080%5B1%5D.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply louiektc
Pertuturan standardnya adalah "saya sayang pada awak" atau "saya menyayangi awak". ...
erusi2 Post at 15-12-2011 02:19 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
maka, buktikanlah angin tu boleh dinampak, kasih sayangmu boleh kami rasai...
sebab sayang itu, sifatnya bukan sesuatu yang boleh dirasa.
Oh...erusi, kan kamu sudah lupa...
rasa sanyang heh.. rasa sayang sayang...heeeehh...
heeeeh..lihat nona jauh...rasa sayang sayang...heh.......!?
Ok, aku tak fasih dalam BM tulen. Sebelum berbicang soal merah utama di atas. Apakah perkataan yang lebih sesuai digunakan untuk mengetahui/mengesan kasih-sayang daripada seseorang? Janganlah bagiku dilamun cinta....yiak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 131# louiektc
#1 Dari petikan atas, aku difahamkan garisan putih disebabkan kesan haba geseran. Sifat udara boleh ternampak daripada hasilan garisan putih.
Hasilan garisan putih itu bukan udara, tetapi ianya adalah kesan haba disebabkan geseran antara badan kapal terbang dengan udara.
Yang kamu nampak itu bukannya udara tetapi adalah kesan haba.
#2 Dari petikan seterusnya, aku difahamkan objek akan terbakar kerana terlalu panas. Sifat udara ternampak melalui pembakaran dalam keadaan objek panas sebab bergerak terlalu laju, bergesir dengan udara statik seperti point #1.
Yang kamu nampak adalah pembakaran, bukannya udara.
#3 Dari petikan ini, aku difahamkan haba 'memesongkan' garis pancaran cahaya seperti bayang lutsina. sifat juga boleh dinampak. Ini berlaku dalam keadaan kedua-dua objek dan udara statik. Bagus!
Yang kamu nampak bebayang lutsinar itu bukannya udara tetapi adalah kesan daripada haba yang terhasil daripada udara yang panas.
#4 Dari hujah terakhir ini, aku difahamkan udara yang panas terbakar itu tidak dapat kita lihat, walaupun ia bergerak laju serta amat panas.
#4 bercanggah dengan hujah #3: mengatakan udara yang panas akan mengujudkan bayang-bayang lutsina.
Salah faham kamu yang mengatakan udara yang panas dapat dilihat menyebabkan kamu beranggapan sedemikian. Saya perbetulkan udara yang panas tetap tidak dapat dilihat. Yang dapat dilihat adalah kesan haba daripada udara yang panas itu. Bayang-bayang lutsinar disebabkan oleh kesan haba daripada udara yang panas itu.
#4 tidak berkaitan dengan hujah #2: sebab kapal terbang itu belum mencapai kelajuan yang boleh membakar diri.
Yes. dan binaan material kapal terbang itu juga menahan dirinya daripada terbakar disebabkan oleh haba geseran apabila kapal terbang itu bergerak dengan kelajuan yang tinggi.
#4 bercanggah dengan hujah #1: mengatakan udara yang relatifnya bergerak laju dan panas menyebabkan garisan putih yang boleh dinampak.
Point #1 adalah udara tidak bergerak, tetapi kapal terbang yang bergerak. Justeru garisan putih itu adalah kesan haba disebabkan geseran tahap tertentu bergantung kepada kelajuan kapal terbang. Point #4 adalah udara yang bergerak, kerana udara yang panas bergerak keluar daripada ekzos kapal terbang. Justeru bebayang lutsinar dapat kita lihat disebabkan kesan haba daripada udara yang panas yang keluar daripada ekzos kapal terbang itu. Dalam point #1, udara tidak mencapai kepanasan udara dalam point #4 kerana udara point #1 adalah udara atmosfera, manakala point #4 adalah udara yang terbakar bersama-sama dengan bahan api dalam enjin kapal terbang. Kedua-dua udara dalam point #1 dan #4 adalah udara yang berbeza keadaannya. Sebab itu kita nampak kesan penghasilannya jga berbeza.
Gambar itu boleh dirujuk untuk memahami keadaan ini.
maka, buktikanlah angin tu boleh dinampak, kasih sayangmu boleh kami rasai...
Tidak dapat dibuktikan kerana sifat udara adalah tidak boleh dinampak dan sifat kasih sayang tidak boleh dirasa.
Oh...erusi, kan kamu sudah lupa...
rasa sanyang heh.. rasa sayang sayang...heeeehh...
heeeeh..lihat nona jauh...rasa sayang sayang...heh.......!?
Ok, aku tak fasih dalam BM tulen. Sebelum berbicang soal merah utama di atas. Apakah perkataan yang lebih sesuai digunakan untuk mengetahui/mengesan kasih-sayang daripada seseorang? Janganlah bagiku dilamun cinta....yiak.
Sememangnya lah ucapan-ucapan dalam lagu itu wujud. Tetapi seperti yang saya perjelaskan itu adalah bahasa pasar. Kalau kita lihat "lihat nona jauh" itu pun adalah hanya bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang standard.
Apabila kita sudah mengetahui dan mengesan bahawa diri kita dikasihi oleh seseorang perkataan yang sesuai adalah "Dia menyayangi saya", "Dia mengasihi saya". |
|
|
|
|
|
|
|
Hasilan garisan putih itu bukan udara, tetapi ianya adalah kesan haba disebabkan geseran antara badan kapal terbang dengan udara. Yang kamu nampak itu bukannya udara tetapi adalah kesan haba.
Yang kamu nampak bebayang lutsinar itu bukannya udara tetapi adalah kesan daripada haba yang terhasil daripada udara yang panas.
erusi2 Post at 15-12-2011 17:43 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Baik juga adanya penjelasan yang lebih mudah difahami. Aku tidak mengatakan garisan putih itu udara, sila baca balik reply aku. Tetapi seperti reply kamu, kesan haba ke atas udara boleh dilihat tidak kira ia bergerak laju atau diam. Kalau tiada udara, macamana alur cahaya akan dibayang-bayangkan? Udara yang panas juga udara. Apa yang kita lihat adalah kesan haba terhadap sifat terkandung udara.
Penjelasan #2, boleh diterima.
Salah faham kamu yang mengatakan udara yang panas dapat dilihat menyebabkan kamu beranggapan sedemikian. Saya perbetulkan udara yang panas tetap tidak dapat dilihat. Yang dapat dilihat adalah kesan haba daripada udara yang panas itu. Bayang-bayang lutsinar disebabkan oleh kesan haba daripada udara yang panas itu.
Maaf kalau adanya kekeliruan. Pada keadaan yang biasa, sememangnya udara tidak dapat dilihat, sama ada panas atau sejuk. Yang dilihat cuma kesannya
OK, sekarang aku difahamkan:
#1 garisan putih itu adalah kesan haba. Gambar pertama
#2 tidak berkaitan. Wayang gambar ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
#3 bayang lutsinar adalahkesan daripada haba yang terhasil daripada udara yang panas. Gambar kedua
#4 bebayang lutsinar dapat kita lihat disebabkan kesan haba daripada udara yang panas yang keluar daripada ekzos kapal terbang itu. Gambar kedua.
Jadi penjelasan #4 = #3 dan tidak bercanggah dengan #1 dari segi pengetahuan. Tapi kenapa kesimpulannya berbunyi begitu:
Kedua-dua udara dalam point #1 dan #4 adalah udara yang berbeza keadaannya. Sebab itu kita nampak kesan penghasilannya jga berbeza.
Pernahkah saudara pertimbangkan penjelasan #3 dapat menyelesaikan #4. Tetapi kedua-dua #3 dan #4 tidak dapat dipakai ke atas keadaan #1? sebab gambar #1 memang jauh berlainan, seakan-akannya lebih hebat dari kesan haba dalam gambar kedua |
|
|
|
|
|
|
|
Reply louiektc
Sememangnya lah ucapan-ucapan dalam lagu itu wujud. Tetapi seperti yang saya perjelaskan itu adalah bahasa pasar. Kalau kita lihat "lihat nona jauh" itu pun adalah hanya bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang standard. Mana bahasa pasar? itu bahasa melayu klasik yang berirama kot..kalau tidak percaya, cuba sambungkan lagu tu...
Apabila kita sudah mengetahui dan mengesan bahawa diri kita dikasihi oleh seseorang perkataan yang sesuai adalah "Dia menyayangi saya", "Dia mengasihi saya".
Tidak dapat dibuktikan kerana sifat udara adalah tidak boleh dinampak dan sifat kasih sayang tidak boleh dirasa.
erusi2 Post at 15-12-2011 17:43 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
macamtu dapatkah saudara erusi buktikan... kasih sayangmu boleh kami ketahui/kesani...atau.. mengetahui seseorang menyayangi erusi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 135# louiektc
Mana bahasa pasar? itu bahasa melayu klasik yang berirama kot..kalau tidak percaya, cuba sambungkan lagu tu...
"rasa sayang heh"... perkataan "heh" itu sudah menjelaskan ianya adalah bahasa pasar. Bahasa Melayu klasik tiada perkataan tu.
macamtu dapatkah saudara erusi buktikan... kasih sayangmu boleh kami ketahui/kesani...atau.. mengetahui seseorang menyayangi erusi.
Bukankah kita biasa mendengar ungkapan "aku menyintaimu", "kau ku sayangi" dan seumpamanya. Dari situ kita dapat tahu seseorng menyayangi kita. Begitu juga, bukankah kita dikurniakan beberapa deria seperti penglihatan, pendengaran/percakapan dan sentuhan, dan dibantu dengan kita mempunyai akal fikiran. Justeru dari itu semua boleh kita temukan bukti bahawa seseorg menyayangi kita. Contohnya kita boleh berfikir, jika seseorg itu sentiasa mengambil berat berkenaan diri kita, then kita boleh menilai menggunakan akal fikiran kita untuk mengenalpasti bahawa dia menyayangi diri kita. Seseorang itu mengambil berat berkenaan diri kita itu dapat kita nilaikan daripada penggunaan deria penglihatan, pendengaran/percakapan dan sentuhan itu tadi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|