CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Terengganu] Jangan terpengaruh, panik khabar angin mengenai latih amal di Empangan Kenyir

[Copy link]
Post time 3-10-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Empangan Kenyir.

Kuala Lumpur: Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir dari 26 hingga 29 September lalu adalah program yang membabitkan agensi kerajaan bersama anggota komuniti bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sekiranya berhadapan dengan bencana berada pada tahap optimum.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan hari ini berkata, orang awam dinasihatkan supaya tidak panik dan terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang mungkin disebarkan melalui media sosial berkaitan dengan latih amal itu, seperti yang tular baru-baru ini.

"Nadma selaku agensi peneraju dalam pengurusan bencana negara sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam menganjurkan pelbagai program latih amal bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping berdaya tahan terhadap bencana.

"Semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap semua risiko bencana bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi.


"Masyarakat perlu peka dan mengetahui pelan tindakan komuniti jika berlakunya bencana," menurut kenyataan itu.

Nadma memaklumkan latih amal yang sama pernah diadakan bagi Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands dan beberapa empangan lain.

"Latih amal lain yang pernah dianjur bagi memastikan kesiapsiagaan agensi dan masyarakat adalah Latih Amal Tsunami di Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

"Latih amal turut diadakan untuk memperkasa koordinasi pelbagai agensi dalam menghadapi bencana selain meningkatkan kefahaman dan keupayaan setiap agensi kerajaan berkaitan terhadap kaedah serta strategi pengendalian bencana," katanya.

Menurutnya, latih amal turut dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat, menambah baik strategi pengendalian bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-empangan-kenyir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.312827 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list