CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Kelantan] 'Transporter' guna kereta baharu seludup minyak masak ditahan

[Copy link]
Post time 5-10-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA KPDNHEP menahan Nissan Almera yang digunakan seludup minyak masak. FOTO Ihsan KPDNHEP

Tumpat: Lelaki warga tempatan dipercayai mengambil upah sebagai 'transporter' membawa minyak masak yang dibeli secara pukal dari kedai pemborong untuk diseludup ke negara jiran.

Bagi mengaburi pandangan pihak berkuasa, lelaki berusia 45 tahun itu menggunakan kereta Nissan Almera yang masih baharu untuk memuatkan semua barangan kawalan itu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Ismail berkata, lelaki itu ditahan 9 malam semalam dalam Operasi Bersepadu pihaknya bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.


"Anggota kami ternampak kereta Nissan Almera di tepi jalan kawasan perumahan di Kampung Jejulok, di sini.

"Pemeriksaan di dalamnya menemui 51 kotak yang mengandungi 867 kilogram (kg) minyak masak paket 1kg dengan anggaran nilai RM2,167.50.

"Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga pemandu ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati dia gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barang kawalan yang dimiliki," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Azman berkata, lelaki itu mengaku bertindak sebagai 'transporter' dan sudah lama menjalankan pekerjaan itu dengan menerima sejumlah upah untuk membawa minyak masak ke pinggir Sungai Golok.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... inyak-masak-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.597894 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list