CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

[Pahang] Rumah dekat longkang besar, penduduk dakwa enam kali ular sawa masuk garaj kereta

[Copy link]
Post time 6-10-2022 04:01 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba dan penyelamat sedang menangkap ular sawa seberat 60 kilogram di Taman Melati, Raub, Pahang. - IHSAN BBP RAUB


RAUB: Seorang penduduk Taman Melati di sini mendakwa, sudah enam kali ular sawa ditemukan di garaj rumahnya dan kejadian semalam antara paling besar ditangkap oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penduduk berkenaan, Mazuen Mohd. Taib, 42, berkata, dalam kejadian terbaharu,  reptilia itu ditemukan ketika dia hendak mengemas garaj kereta rumahnya kira-kira pukul 3 petang.

“Rumah saya bersebelahan dengan longkang besar dan merupakan saluran air utama perumahan taman ini dipercayai punca reptilia berkenaan mudah masuk ke rumah kami. Setiap hujung tahun ada ular ditemukan di rumah saya. Faktor cuaca  juga mungkin menjadi punca reptilia ini mencari tempat perlindungan,” katanya di Taman Melati di sini hari ini.

Menurut Mazuen, dalam kejadian  tiga tahun lalu, anak kucingnya yang dipelihara di dalam sangkar mati ditelan ular sawa.

Berikutan kejadian itu, katanya, dia tidak lagi meletakkan haiwan peliharaan dalam sangkar.

Sementara itu, Ketua Zon 3 JBPM Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 petang sebelum sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub ke lokasi dengan menaiki sebuah jentera.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kita mendapati seekor ular sawa sepanjang empat meter dengan anggaran berat kira-kira 60 kilogram berlingkar di garaj kereta. Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap reptilia terbabit sebelum bertindak melepaskannya ke habitat asal. Operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 3.35 petang,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... masuk-garaj-kereta/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.919735 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list