View: 461|Reply: 0
|
[Pahang]
Laporan Tasik Chini sudah diserahkan ke Unesco
[Copy link]
|
|
TASIK Chini pada 2 Ogos 2022. FOTO arkib NSTP
Kuantan: Kerajaan Pahang sudah menyerahkan laporan terperinci mengenai penambahbaikan tapak rizab biosfera Tasik Chini, Pekan kepada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 27 September lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, laporan semakan berkala rizab biosfera Tasik Chini itu diserahkan di ibu pejabat Unesco di Perancis oleh delegasi Pahang diketuai Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
"Laporan penambahbaikan diserahkan seperti yang digariskan oleh Statutory Framework World Network of Biosphere Reserves (IACBR)," katanya.
Mohd Sharkar berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd Sharim Md Zain (BN-Chini) yang ingin tahu status pembaharuan tapak biosfera Tasik Chini oleh Unesco.
Mohd Sharkar berkata, lawatan itu juga bertujuan mewujudkan peluang jaringan komunikasi dan jalinan kerjasama antarabangsa dengan pihak Unesco.
Katanya, ia dilaksanakan melalui Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke Unesco terutama berhubung program Manusia dan Biosfera (MAB) dan Unesco Global Geoparks (UGGp).
"Bagi menjaga flora dan fauna serta memelihara kelestarian Tasik Chini, kerajaan negeri sudah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang," katanya.
Unesco memberi tempoh kepada Malaysia sehingga 30 September lalu untuk memaklumkan badan dunia itu mengenai perancangan bagi merawat dan memulihkan Tasik Chini serta tanah lembap di sekelilingnya supaya kembali sihat.
Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar adalah tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang diiktiraf Unesco menerusi Program MAB pada 26 Mei 2009.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iserahkan-ke-unesco |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|