CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 1

Britney Spears Bongkar Rahsia Selama 13 Tahun Terpaksa Jumpa Doktor?

[Copy link]
Post time 9-10-2022 02:53 AM | Show all posts |Read mode
Britney Spears Bongkar Rahsia Selama 13 Tahun Terpaksa Jumpa Doktor?



Bintang pop terkenal antarabangsa, Britney Spears sering mendapat perhatian ramai kerana memuatnaik gambar-gambar tidak berpakaian penuh sehingga mencetuskan rasa kurang senang pengguna media sosial yang mengikuti selebriti tersebut di Instagram.

13 Tahun Menderita
Namun perkongsian Britney yang baru ini tidak seperti hantarannya yang lain, di mana kali ini pelatun lagu popular ‘Toxic’ dan ‘Baby One More Time’ itu berkongsi kisah tentang penderitaan yang dialaminya sepanjang dikongkong bapanya.

“Selama 13 tahun, saya terpaksa berjumpa doktor setiap minggu untuk mengimbas kembali masa lalu saya yang mana membuatkan keadaan saya jadi lebih teruk.” Tulisnya

Britney juga mendedahkan sepanjang hidupnya dikawal bapa, Jamie Spears, dia perlu beri bekerjasama jika tidak mahu diletakkan di suatu tempat.

“Saya tahu bapa saya akan letakkan saya di suatu tempat jika saya tidak beri kerjasama. Walaupun di Amerika, tanah air yang bebas!!! Bertahun berlalu dan dia masih letak saya di wad psikiatri!!!!” Tulisnya lagi

Bintang pop ini juga meluahkan rasa marah kerana menganggap tiada siapa yang bersuara dan mempertahankan dirinya pada waktu itu.

“Dan tak ada seorang pun yang berdiri pertahankan saya!!! Dan pada semua doktor yang mengganggu mental saya. Saya doakan anda semua di bakar di neraka!!!” Coretnya



Peminat Titip Kata-Kata Semangat
Hantaran yang dikongsikan Britney mendapat respon positif para peminatnya. Ruangan komen entri tersebut dibanjiri dengan ucapan dan kata-kata semangat buat selebriti terkenal itu.

“Meluahkan adalah proses sembuh”

“Bebaskan Britney!!!”

“Anda seorang yang kuat, sayang anda Britney” komen mereka



“Saya harap masa dapat beri anda ketenangan. Saya berasa sedih untuk anda.”

“Saya faham!!!”

“Ucapan yang bagus Britney!” komen mereka lagi

Sekadar info, sebelum ini Murai MY melaporkan bahawa bapa kepada Britney Spears iaitu Jamie Spears telah digantung tugas sebagai konservator yang mengawal hartanah dan kewangan milik selebriti ini selama 13 tahun.

Britney yang gembira dengan keputusan mahkamah tidak dapat menahan emosinya terus menangis kerana kebebasan yang diimpikan selama ini berjaya dimiliki.


Sumber:https://murai.my/2022/156623/bri ... paksa-jumpa-doktor/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2022 05:26 AM | Show all posts
Britney Spears needs to get a life & stop making our lives a trauma with her constant "victim playing".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035901 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list