CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Kelantan] 4 direman babit kes palsu surat Pejabat Sultan Kelantan

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Zaki ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Polis Kelantan menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes pemalsuan dokumen membabitkan surat dikeluarkan Pejabat Sultan Kelantan yang mengandungi titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Surat terbabit mengandungi sokongan penuh Sultan Kelantan atas usaha sama antara tiga syarikat untuk melaksanakan projek di salah sebuah jajahan di negeri itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga pegawai istana pada Isnin lalu, yang menafikan mengeluarkan surat berkenaan.


"Berdasarkan laporan, pada 28 September lalu, jam 8 malam, semasa berada di Kota Bharu, pengadu membaca mesej di aplikasi WhatsApp yang disertakan imej surat bertarikh 15 September yang mengandungi tandatangannya.

"Pengadu mengesyaki terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya dan menandatangani surat palsu terbabit.

"Hasil laporan berkenaan, pihak polis kemudian menahan kesemua suspek berusia 45 sehingga 70 tahun pada keesokannya dan mereka ditahan reman selama lima hari bermula 4 hingga 8 Oktober," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurutnya, polis Kelantan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang dokumen yang diterima dalam situasi yang meragukan.

Tambahnya, semakan hendaklah dibuat dengan pihak yang mengeluarkan dokumen terbabit atau agensi yang berkaitan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bat-sultan-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.077525 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list