CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kelantan] Suspek culik Azie masih di Kelantan

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode

KERATAN akhbar Utusan Malaysia 4 Oktober 2022.


KOTA BHARU: Polis percaya beberapa suspek yang disyaki terlibat dengan penculikan ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd.Naim, 36, atau Azie masih berada di negeri ini dan usaha mengesan kesemua individu tersebut sedang giat dijalankan.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dua daripada suspek yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Katanya, salah seorang daripada mereka adalah ketua sindiket dadah.

“Kita percaya kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan masih berada di negeri ini.

“Bagaimanapun, kita bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk membantu mengesan kesemua suspek yang dibimbangi melarikan diri ke negara jiran,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.


MUHAMAD ZAKI HARUN

Muhamad Zaki berkata, polis sedang melakukan risikan untuk mengesan dan mematahkan sindiket berkenaan.

Katanya, sebelum ini tiga suspek yang ditahan diambil tindakan dibawah Langkah-langkah Pencegahan Khas dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Utusan Malaysia 4 Oktober lalu melaporkan, Azie, yang 17 hari menjadi mangsa culik dengan dilarikan ke Thailand pada 13 September lalu kembali ke pangkuan suami, anak dan keluarganya.

Azie tiba di rumah mentuanya di Jalan Kelochor di sini pada pukul 2.50 petang dengan diiringi Muhamad Zaki. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -masih-di-kelantan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.096888 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list