CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 1

[Terengganu] Tidak arif selok-belok hutan, empat lelaki sesat ketika jerat burung

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba bersama empat lelaki yang tersesat dari hutan di Jalan Tasik Kenyir-Aring, Hulu Terengganu, semalam.



HULU TERENGGANU: Empat lelaki berdepan detik cemas apabila tersesat ketika keluar dari kawasan hutan selepas menjerat burung di jalan Tasik Kenyir-Aring di sini, semalam.

Kesemua mereka berusia 24 tahun hingga 39 tahun dari Pasir Puteh, Kelantan itu gagal menemukan jalan keluar selepas berusaha hampir satu jam sebelum menghubungi talian kecemasan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd. Salleh Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.07 petang semalam dan ke lokasi dengan kekuatan tujuh anggota.

“Sepanjang perjalanan ke tempat kejadian, mangsa sentiasa dihubungi melalui telefon bagi mengetahui kedudukan serta keadaan mereka. Mangsa juga ada berkongsi lokasi melalui kiriman WhatsApp.

“Setibanya anggota bomba di satu kawasan rumah kongsi balak, mangsa memaklumkan mereka sudah menemukan jalan keluar setelah melihat siren jentera bomba.

“Jarak mereka tersesat dengan kenderaan di parkir berhampiran rumah kongsi sekitar dua kilometer. Mangsa memaklumkan mereka selamat dan boleh berjalan sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Salleh berkata, mangsa memasuki kawasan hutan berkenaan sekitar pukul 11 pagi dan tidak arif selok-belok lokasi tersebut memandangkan kali bertama berada di hutan itu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... etika-jerat-burung/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2022 04:58 PM | Show all posts
dapat kopi- settle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 1.110182 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list