CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

[Terengganu] Juruteknik dilepas, bebas hukuman gantung sampai mati

[Copy link]
Post time 10-10-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Seorang juruteknik terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 619.71 gram, tiga tahun lalu. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Juruteknik terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah seberat 619.71 gram, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas pihak pembelaan yang mewakili tertuduh, Mohd Faiz Yusof, 38, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes.

Mengikut pertuduhan, Mohd Faiz didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 619.71 gram di sebuah rumah di Kampung Padang Machang, Manir, di sini pada 7.30 malam, 1 September 2019.


Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B akta sama berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Muhammad Izzat Norizam.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki tidak sempat mengaut keuntungan menjual 60,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM600,000 selepas dicekup dalam serbuan di Kampung Padang Machang, Manir, Kuala Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gantung-sampai-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 1.121264 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list