|
MELLY Goeslaw menghargai usaha pengkarya tempatan yang memberi nafas baharu untuk lagu nyanyiannya seperti dilakukan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin menerusi lagu Jika.
Melly Goeslaw puji suntikan nafas baharu lagu Jika
PETALING JAYA – Biarpun sering menerima kecaman kerana kemampuan mereka menyanyi secara langsung dipertikai, namun pasangan duet Nuha Bahrin dan Naufal Azrin menerima pujian daripada bintang terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.
Pujian Melly merujuk terhadap video muzik nyanyian semula lagu popular Jika yang diberi nafas baharu kerana disampaikan dalam bahasa Arab.
“Terima kasih kerana memainkan lagu saya dan menjadikannya lebih baik. Saya berharap Jika versi kamu berdua dapat mencipta sejarah industri muzik.
“Meskipun usia lagu ini sudah 23 tahun, namun Nuha dan Naufal berjaya memberikan nafas baharu kepada lagu ini,” ujar penyanyi lagu Ada Apa dengan Cinta itu.
Pada masa sama, Melly turut menghargai hasil usaha pengkarya-pengkarya Malaysia dan tidak sabar untuk kembali beraksi di sini kelak.
Sementara itu, Nuha dan Naufal tidak melepaskan peluang mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Melly usai lagu tersebut diluncurkan pada minggu lepas.
Video tersebut setakat ini sudah meraih lebih 467,000 jumlah tontonan dalam YouTube Alfarecords.
Lebih manis, lagu berkenaan turut menduduki tangga ketiga carta Youtube Indonesia.
Lagu Jika merupakan nyanyian Melly yang dilancarkan pada 2006 berduet bersama Ari Lasso.
Terdahulu, Nuha dan Naufal mencipta fenomena apabila lagu duet pertama mereka, Casablanca meraih perhatian luar biasa peminat dan trending dalam TikTok sehingga ke luar negara. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... s-baharu-lagu-jika/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|