CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1484|Reply: 12

Jodie Comer wanita tercantik di dunia tahun 2022

[Copy link]
Post time 12-10-2022 11:36 PM | Show all posts |Read mode

COMER memiliki ketepatan wajah sehingga 94.52 peratus. – Getty

Jodie Comer wanita tercantik di dunia tahun 2022


LONDON – Aktres Britain, Jodie Comer dinobatkan sebagai Wanita Tercantik di Dunia bagi tahun 2022 kerana mempunyai ketepatan wajah 94.52 peratus di bawah nisbah Golden Ratio of Beauty, lapor akhbar The Sun semalam.

Selebriti berusia 26 tahun itu mendahului senarai tersebut dengan aktres Amerika Syarikat (AS), Zendaya berada di tempat kedua dan diikuti model terkenal, Bella Hadid di tempat ketiga.

Teknik yang digunakan dalam penelitian itu diperkenalkan sejak zaman purba lagi dan diguna pakai untuk mengukur tahap kesempurnaan fizikal seseorang.

Pakar mengira bentuk wajah yang sempurna termasuk saiz dan kedudukan bibir, hidung, dagu dan rahang. Ciri yang dimiliki Comer didapati sepadan dengan nisbah yang ideal.

Senarai 10 wajah wanita tercantik itu dikelola oleh seorang pakar bedah kosmetik profesional dari klinik Harley Street, Dr. Julian De Silva. Beliau menggunakan alat pemetaan muka digital untuk memadankan ramai selebriti-selebriti moden.

Antara yang tersenarai termasuk penyanyi, Beyonce (92.44 peratus), Ariana Grande (91.81 peratus), personaliti televisyen, Kim Kardashian (91.28 peratus) dan bintang drama Squid Game, HoYeon Jung (89.63 peratus).

Selain itu, penyanyi Taylor Swift, supermodel Britain, Jourdan Dunn dan pelakon Bollywood, Deepika Padukone turut menduduki senarai 10 teratas.

“Jodie Comer adalah pemenang yang jelas apabila semua elemen wajahnya diukur mempunyai kesempurnaan fizikal,” kata De Silva. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... i-dunia-tahun-2022/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 07:27 PM | Show all posts
She's okay looking.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 13-10-2022 08:48 PM

Baru 26 tahun ke? Ingatkan dah 30s. Beshe2 je bagi I dia ni.

Zendaya tu pun I rasa beshe2 je, tak nampak kat mana yang wow sangat, overhyped pun ye rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Zendaya tu muka biasa tapi muka sweet. Pastu suka dia jenis relax. Chill2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena check balik teknik tu sbb di mata iols dia ni cantik yg biasa2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 11:30 AM | Show all posts
gmbr x klr plak nih. aku gugel nengok, ok la, x jaw-dropping or buat kita asyik nk tgk je wajah dia. from some angle, x baper lawa. beauty is in the eye of the beholder.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2022 11:35 AM | Show all posts
delia3003 replied at 13-10-2022 08:46 PM
Baru 26 tahun ke? Ingatkan dah 30s. Beshe2 je bagi I dia ni.

Zendaya tu pun I rasa beshe2 je, tak  ...

Aku setuju pasal Zendaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 04:51 PM | Show all posts
delia3003 replied at 13-10-2022 08:46 PM
Baru 26 tahun ke? Ingatkan dah 30s. Beshe2 je bagi I dia ni.

Zendaya tu pun I rasa beshe2 je, tak  ...

a ah zendaya tu biasa je , tp pd ai ada aura. Gituh hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 08:21 PM | Show all posts
bella hadid dah repair...tak aci lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Beshe2 jeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara yg paling cantik ialah Monica Belucci for me. Cantik sgt dia, Dakota Johnson ada iras Monica ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw Jodie Comer ni yg berlakon Killing Eve dgn Sandra Oh. Muka dia ada iras Uma Thurman lebih iras dr anak Uma sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 09:43 PM | Show all posts
Gi Arab, parsi, India, latin sana lagi ramai berganda cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042022 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list