View: 349|Reply: 0
|
[Kelantan]
46.13 juta pokok ditanam setakat ini
[Copy link]
|
|
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kanan) melawat pameran Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin ketika hadir pada Majlis Pelancaran penanaman 100 juta pokok peringkat Parlimen Kota Bharu, hari ini. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Sebanyak 46.13 juta pokok ditanam di seluruh negara sehingga kini menerusi Kempen Penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata jumlah itu sudah melepasi sasaran yang ditetapkan mereka dalam tempoh dua tahun.
"Tahun ini juga sudah capai sasaran dan jumlah keseluruhan sebanyak 46.13 juta itu adalah pencapaian cukup baik.
"Alhamdulillah secara keseluruhan lebih 50 peratus bumi kita dilitupi dengan tanaman hijau dalam usaha mengelak pemanasan global selain cuaca tidak menentu.
Sebanyak 46.13 juta pokok ditanam di seluruh negara sehingga kini menerusi Kempen Penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
"Penanaman pokok ini perlu dilakukan di semua negeri, bukannya negeri tertentu sahaja. Ia penting bagi memulihkan kawasan susulan terdapat aktiviti pembalakan yang dibenarkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran penanaman 100 juta pokok peringkat Parlimen Kota Bharu, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, sekiranya kerajaan negeri mahu mengeluarkan isi hutan, ia perlu membuat pendengaran awal selain melakukan penggantian serentak.
Katanya, ia bertujuan bagi mengawal pengeluaran isi hutan secara berleluasa dan kerajaan negeri sewajarnya mematuhi peraturan yang ditetapkan itu kerana Akta Perhutanan Negara terpakai di seluruh negara.
https://www.bharian.com.my/berit ... ditanam-setakat-ini |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|