CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Terengganu] Polis lupus dadah RM2.2 juta dirampas sejak 1997

[Copy link]
Post time 17-10-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Polis kontinjen Terengganu melupuskan dadah bernilai RM2.2 juta yang dirampas sejak 25 tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pelupusan kali ini membabitkan 4,258 kertas siasatan di tujuh daerah dalam kontinjen Terengganu dari 1997 hingga tahun ini yang selesai melalui proses perundangan.

Menurutnya, kesemua dadah yang dilupuskan adalah barang kes yang sudah mendapat kebenaran mahkamah untuk dilupuskan.


"Berat keseluruhan dadah yang dilupuskan hari ini sebanyak 294,139.87 gram (294.1 kilogram) dan 6441.72 liter yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta.

"Ini kes tangkapan membabitkan suspek sudah dijatuhkan hukuman mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952," katanya pada ketika ditemui selepas Majlis Serahan Barang Kes Narkotik Untuk Program Pelupusan Barang Kes Narkotik Terengganu 2022, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK), di sini, hari ini.

Menurutnya, dadah yang dilupuskan iaitu pil yaba, syabu, heroin, ganja, ubat batuk, daun dan air ketum, eramin 5, dan pil ekstasi.

Mengulas mengenai barang kes pada 1997 yang masih wujud, beliau berkata, ada di antara kes 1997 yang baru selesai dan baru mendapat arahan mahkamah untuk dilupuskan.

"Kebanyakannya adalah kes membabitkan 2000 ke atas tapi bila diperiksa rekod yang masih ada, kertas siasatan 1997,1998 kes yang belum selesai jadi apabila selesai, kita campur sekali.

"Selagi tidak dapat arahan mahkamah kita tidak boleh buat pelupusan dan kesemua dadah yang dilupuskan hari ini diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd, yang mempunyai lesen bagi mengendalikan barang buangan berjadual untuk tujuan pelupusan," katanya.


Wan Rukman (empat dari kanan) pada Majlis Serahan Barang Kes Narkotik Untuk Program Pelupusan Barang Kes Narkotik Terengganu Tahun 2022 di Perkarangan IPK Terengganu. FOTO GHAZALI KORI

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sejak-1997-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.485697 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list