|
ROSOL (dua kiri) ketika Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022. FOTO Ghazali Kori
Kuala Berang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), melancarkan Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Deepavali bermula pada 20 hingga 26 Oktober depan.
Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata, tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari dan berkuat kuasa pada empat hari sebelum perayaan, satu hari ketika perayaan dan dua hari selepas perayaan.
Menurutnya, sebanyak 8 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimumnya akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022.
"Senarai barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali seperti iaitu daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja).
"Selain itu, bawang merah kecil (India), bawang merah besar import, kacang dal (Australia)," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran SHMMP Deepavali 2022 di sini, hari ini.
Beliau berkata, pada masa yang sama, ayam dan telur ayam disambung pewartaannya sebagai barangan harga terkawal dan sedang berkuat kuasa mulai 12 Oktober 2022.
Menurutnya, antara jenis barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur iaitu ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).
Katanya, telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji), telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji).
"Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.
"Pengumuman harga yang ditentukan akan dibuat kepada orang ramai melalui media massa, pengedaran risalah serta pemasangan bunting dan poster di tempat-tempat strategik seperti di pasar awam dan pasar raya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -perayaan-deepavali |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|