CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Pulau Pinang] Permintaan telur ayam tinggi di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 20-10-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode

PENGUAT KUASA KPDNHEP Pulau Pinang melakukan pemeriksaan harga barangan sempena pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 di pasar raya di Jawi. FOTO Danial Saad

Nibong Tebal: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesahkan terdapat kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di negeri itu ketika ini.

Timbalan Pengarahnya, A Mogan berkata perkara itu berlaku memandangkan terdapat permintaan tinggi terhadap bekalan terbabit.

"Kita tidak nafikan bahawa berlaku masalah kekurangan telur ayam, tambahan pula barangan kawalan ini antara yang terlaris.


"Bayangkan bila letak telur ayam (di kedai atau pasaraya) pada waktu pagi tiba-tiba petang sudah habis, maka menyebabkan peniaga ambil masa sikit untuk isi stok sedangkan bekalan itu ada,"katanya pada Majlis Pelancaran Harga Maksimum Barangan Terkawal Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali di sebuah pasar raya di Jawi, di sini, hari ini.

Di bawah skim itu, harga runcit yang ditetapkan bagi telur ayam gred A adalah RM0.45 sen sebiji, manakala gred B dan C masing-masing berharga RM0.43 serta RM0.41 sebiji.

Katanya, pihaknya menafikan berlakunya kenaikan harga telur ayam yang menjadi punca kepada kekurangan bekalan.

"Harga masih sama dan tidak ada kenaikan, apa yang berlaku ketika ini kerana permintaan yang sangat tinggi," katanya.

Mengulas lanjut, Mogan berkata, pihaknya menerima 1,242 aduan berhubung isu harga serta bekalan barangan bermula awal tahun ini sehingga semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, 372 aduan adalah berkaitan harga barangan dan perkhidmatan, 51 berhubung bekalan barang kawalan dan selebihnya membabitkan lain-lain aduan.

"Sepanjang tempoh yang sama, sebanyak 49,437 premis berkaitan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 689 kes telah diambil tindakan.

"Jumlah sitaan pula mencecah hampir RM1.9 juta, manakala nilai kompaun sepanjang tempoh itu adalah sebanyak RM195,300," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggi-di-pulau-pinang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.852700 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list