View: 2099|Reply: 11
|
Tak Cukup Tido Sebab Nak Dedahkan Cikgu Berlawak Pasal Bra Kanak2, Netizen Dah Muak Dan Letih Dengan Perangai Caprice!
[Copy link]
|
|
Edited by Racurve at 22-10-2022 04:25 AM
Nama penyanyi rap sensasi, Caprice menjadi bualan ‘hangat’ ramai di media sosial apabila kerap melakukan pendedahan berhubung jenayah seksual membabitkan golongan pendakwah.
Malah, pemilik nama Ariz Ramli ini juga prihatin mahu membela nasib seorang guru yang dikatakan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan terkini di media sosial.
Bagaimanapun, penolakan secara baik oleh guru dikenali Mohd Fadli Salleh itu dipercayai punca Caprice terguris hati. Bagaimanapun, isu tersebut telah selesai kerana cikgu Fadli sudah tampil meminta maaf dan menerangkan punca sebenar.
Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali SZ Darwisyah mengenai kandungan tangkap layar Caprice di laman Instagram membuatkan ramai ‘muak’ dan ‘penat’.
Menerusi tangkap layar tersebut, Caprice mengatakan dia tidak cukup tidur selain meminta individu dimaksudkan tampil meminta maaf sebelum pasukannya memulakan kerja ‘risikan’ mengenai sisi gelap sebenar kepada ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
".......meminta individu dimaksudkan tampil meminta maaf sebelum pasukannya memulakan kerja ‘risikan’ mengenai sisi gelap sebenar kepada ramai."
Waaaah. Ini bukan ugut orang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya tt. Dah settle pun. Dia tuju kat cikgu fadli tapi cikgu fadli bukan tulis pasal pakaian dlm kanak2. Asalnya cikgu fadli tulis pasal dia jumpa pakaian dlm di changing room aeon. Post tahun 2018. Tapi cikgu fadli dah delete pun post tu dan mengaku kesilapan dia buat post pasal tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takde org yg lantik ko pun la caprice yg ko nak susah2 kan diri. Yb yg dibyr govt pun x sibuk sana sini mcm ko le |
|
|
|
|
|
|
|
Pakaian pn slh eja hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Gila nak jgk orang mintak maaf dgn dia. Kalau tak, open secret.
Pastu kalau kes jenayah, orang tu minta maaf dengan kau, kira setel la?
Dah engkau plak yang kaki subahat.
Takleh pakai betul otak dia ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|