CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kedah] Bah di Langkawi tak jejas lokasi pelancongan

[Copy link]
Post time 23-10-2022 11:30 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM dan lain-lain agensi Langkawi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Limbung Putra, Padang Matsirat semalam.


LANGKAWI – Pulau Langkawi selamat untuk dikunjungi walaupun ada beberapa kawasan dilanda banjir, baru-baru ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, kawasan terjejas banjir tidak melibatkan lokasi tumpuan pelancong.

Katanya, kawasan terjejas adalah Kampung Atas dan Kampung Limbung Putra di mukim Padang Matsirat, Kampung Buluh Pe­nyumpit (mukim Kuah, Kampung Bukit Kemboja dan Kampung Lubok Setul (mukim Bohor serta Kampung Bohor Masjid (mukim Kedawang).

“Kawasan terjejas disebabkan oleh banjir baru-baru ini adalah sebahagian kecil penempatan penduduk di lokasi rendah atau kawasan berdekatan sungai.

“Pelancong dinasihatkan berhati-hati apabila melakukan aktiviti air kerana keadaan cuaca tidak menentu,” katanya selepas program Jenguk Kampung di Kampung Limbung Putra, Padang Matsirat di sini semalam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti di sekitar pantai di Langkawi melihat tanda amaran diletakkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Katanya, setakat ini, seramai 64 orang daripada 18 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Syifa di Padang Matsirat.

Menurutnya, mereka masih ditempatkan di situ dan belum dibenarkan pulang kerana kerja-kerja pembersihan kediaman masih belum selesai dilakukan.

Tambahnya, semalam adalah kali kedua anggota APM bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Pembangunan Langkawi, polis, Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) dan badan bukan kerajaan iaitu Sepakat Langkawi membantu membersihkan rumah penduduk berikutan hujan lebat sepanjang minggu lalu.

PPS Dewan Syifa yang dibuka 16 Oktober lalu beroperasi selama seminggu, namun masih belum ditutup kerana ramalan kaji cuaca menunjukkan, kea­daan cuaca yang boleh menyebabkan banjir berulang kembali. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... lokasi-pelancongan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056807 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list