CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Kelantan] Pengunjung cemas kontena di tapak fun fair terbakar

[Copy link]
Post time 23-10-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode

KEBAKARAN sebuah kontena menempatkan barangan elektronik terbakar di sebuah tapak pesta ria, di Bandar Baru Tanah Merah, Kelantan.


TANAH MERAH:  Pengunjung di sebuah tapak pesta ria  di Bandar Baru Tanah Merah di sini, bertempiaran lari selepas melihat sebuah kontena yang menyimpan peralatan elektronik di kawasan itu terbakar, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu disedari pihak pengurusan selepas melihat kepulan asap dan api yang membakar kontena tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata,  pihak pengurusan pesta ria itu membuat pencegahan awal dengan mengarahkan semua pengunjung keluar dari kawasan berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.04 malam sebelum tujuh anggota bomba dan sebuah jentera  ke tapak ekspo itu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar sebuah kontena yang menempatkan pelbagai barangan elektronik.

“Kesemua barangan tersebut tidak sempat diselamatkan kerana kebakaran berlaku dengan pantas,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.
https://www.utusan.com.my/nasion ... -fun-fair-terbakar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.584652 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list