CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 3

Insiden Mata Tertutup Sebelah Dikaitkan Dengan Iluminati, Ini Jawapan Katy Perry

[Copy link]
Post time 31-10-2022 08:43 AM | Show all posts |Read mode


Insiden Mata Tertutup Sebelah Dikaitkan Dengan Iluminati, Ini Jawapan Katy Perry

Baru-baru ini, video TikTok tular yang memaparkan Katy Perry sedang melakukan persembahan semasa di atas pentas, mata kanan Katy Perry dilihat mata kanannya tidak berfungsi seolah-olah mengalami glitch atau sebaliknya.

Ramai peminat Katy Perry panik dengan keaadan mata kanan sekejap terbuka sekejap tertutup itu di atas pentas semasa persembahan di Las vegas.

Atas kejadian tersebut, akhirnya Katy Perry menjawab tentang isu tersebut di Instagram miliknya yang mengatakan bahawa kejadian itu hanyalah sebahagian daripada persembahan atau ‘party trick’.

Melihat kepada respons Katy, insiden berkenaan mungkin ‘tidak serius’ dan beliau kini berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

  



Penyanyi solo berusia 38 tahun itu juga mengambil kesempatan untuk menjemput peminatnya ke tour persembahannya tahun hadapan. Beliau berkata setlist untuk persembahannya akan menyeronokkan dan boleh membawa penonton kembali ke tahun 2008.

Sehingga kini, video berkaitan mata Katy Perry yang dimuat naik oleh akaun TikTok @katyperrytv telah ditonton lebih 19.3 juta penonton. Video itu turut dikongsi oleh banyak akaun lain.

Dalam video tersebut, penyanyi ‘Firework’ itu sedaya upaya untuk membuka mata kanannya dengan dua kali menekan tangannya ke pelipis matanya.

Menerusi video TikTok tersebut, pelbagai respon datang daripada netizen. Ada yang menganggapnya serius, ada yang menganggapnya bergurau.




Tidak terlepas ada segelintir warganet percaya insiden itu ada kaitan dengan illuminati (mempunyai kepercayaan tertentu dengan mata satu) dan ‘dajjal’.




Netizen turut mengaitkan kejadian yang dialami Katy Perry mungkin ada kaitan dengan sindrom Ramsay Hunt (kelumpuhan wajah dan disebabkan oleh virus). Bukan sahaja lumpuh pada muka, Ramsay Hunt juga dikatakan boleh mengganggu pendengaran.

Sindrom ini pernah dialami oleh Justin Bieber sebelum ini. Akibatnya, Bieber terpaksa menangguhkan baki jelajah konsertnya tahun ini.

Sumber:https://www.thevocket.com/inside ... jawapan-katy-perry/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 09:20 AM | Show all posts
Minah pelik ni dah lama dikaitkan dengan illuminati.  Gigih nak jadi pengikut mata satu. Nah. Sekarang mata sendiri pun tinggal satu. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Berat sangat bulu mata tu kot. Tapi seram lah sampai 2 kali dia betulkan. Dekat fb conspiracy kata ni mulfunction KP clone.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Princemeed tersenyum sinis.. Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.344226 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list