|
Kylie Jenner melabelkan dirinya sebagai manusia dengan ‘kulit paling tebal’ di planet selepas tidak pernah berhenti menjadi sasaran kecaman daripada pengguna media sosial.
Apa lagi kata Jenner, dia mula dikecam sejak tahun 2007, sewaktu berusia 10 tahun ketika meledak dengan program realiti keluarganya, Keeping up with the Kardashians.
IG Kylie
Kini pada usia 25 tahun dan telah lebih sedekad menerima kecaman, Jenner telah lali dengan situasi yang dihadapinya.
“Saya fikir saya mungkin manusia paling berkulit tebal di planet kerana berjuta orang bercakap tentang saya,” katanya seperti dilaporkan DailyMailuk.
Dia juga mengaku mendapat banyak pelajaran daripada kehidupannya yang telah lama terdedah di media sosial.
IG Kylie
Mengatakan dulu dirinya memang menggunakan media sosial dengan kerap, kini dia mula membataskan kemunculannya, kecuali dengan agenda kerja.
“Jadi sekarang saya kurang terdedah. Saya fikir jika saya berkongsi terlalu banyak atau hanya sedikit, orang tetap mempunyai akses untuk berkata tentang saya, seperti mereka sangat mengenali saya,” akuinya lagi.
Meski sempat tertekan dengan situasi yang dialami, kata Jenner apa yang penting adalah keluarga dan teman rapat mengenali dirinya yang sebenar.
IG Kylie
“Keluarga dan rakan terdekat kenal diri saya, jadi ini yang lebih penting,” katanya lagi.
Jenner yang juga merupakan mogul produk kecantikan ini merupakan salah seorang manusia yang paling ramai diikuti di media sosial dengan lebih 370 juta pengikut.
Sumber: GEMPAK
|
|