BERASAL dari China dan sudah menetap di Korea Selatan sejak beberapa tahun selepas menyertai (G)I-DLE, penyanyi Yuqi kini mampu berbangga dengan tahap penguasaan bahasa Koreanya
Ujar Yuqi, dia sudah tahu banyak istilah dalam dialek Korea dan sudah berani menggunakan kata-kata kesat atau mencarut untuk memaki hamun.
‘Kemahiran’ mencarut tersebut dipelajarinya daripada rakan sekumpulan iaitu Soyeon yang banyak mengajarnya selama ini.
“Saya belajar banyak perkataan carutan daripada Soyeon.
“Jangan pura-pura macam awak tak tahu apa yang saya cakap!” selorohnya kepada Soyeon.
Tanpa mengetahui maksud sebenar, dia juga pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada petugas di agensinya.
“Jadi okey saja kan?” katanya sambil ketawa ketika muncul dalam program Knowing Bros.