CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

[Pahang] Bapa kuatkan hati terima anugerah Anumerta arwah anak

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Ab Razak naik ke pentas menerima anugerah Anumerta daripada Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrrie Zainuddin di Kuantan. FOTO ihsan UMP

Kuantan: Biarpun sebak, namun Ab Razak Ahmad, 67, menguatkan semangat untuk naik ke pentas bagi menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham anaknya pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17 di Kompleks Sukan UMP, di sini, semalam.

Ketika ibu bapa lain gembira hadir menyambut kejayaan anak mereka menamatkan pengajian, Ab Razak dan Norhana Hanim Abdullah, 65 terpaksa melaluinya dalam suasana hiba.

Anugerah disampaikan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrrie Zainuddin kepada Ab Razak bagi pihak Allahyarham Muhammad Raafi, 22, graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga dan Persekitaran) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam.


Muhammad Raafi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 15 Oktober tahun lalu.

Ab Razak berkata, walaupun hasrat melihat anak bongsunya naik ke atas pentas untuk mengambil ijazah tidak kesampaian, namun dia berbangga dengan pencapaian Allahyarham Muhammad Raafi.

"Jika dilihat pada lumrah kehidupan, sepatutnya saya yang pergi dahulu tetapi kuasa Allah SWT melebihi segalanya.

"Saya reda dengan ketentuannya dan tetap berbangga dengan kejayaan Allahyarham seperti anak-anak yang lain,"

"Bagi menghargai perjuangannya yang mengikuti pengajian selama ini, saya sanggup menghadiri dan mewakili Allahyarham untuk naik ke pentas konvokesyen menerima ijazah pada pihaknya.

"Allahyarham Muhammad Raafi memang rapat dengan saya dari kecil lagi dan sering menyatakan ingin mengikut jejak abang dan kakaknya yang memasuki universiti.

"Memandangkan kami tidak pernah berjauhan, Muhammad Raafi memilih UMP sebagai destinasi menyambung pengajiannya kerana berhampiran dengan rumah kami iaitu di Pekan, Pahang," katanya.

"Ketika dalam pengajian, Muhammad Raafi juga aktif dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan aktiviti di universiti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anumerta-arwah-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.072383 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list