CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Terengganu] Selepas ikan, harga sayur pula melonjak

[Copy link]
Post time 8-11-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Roslina (kanan) sedang melayan pelanggan di Pasar Batu Enam, Kuala Nerus semalam.


KUALA NERUS – Faktor cuaca tidak menentu sejak akhir-akhir ini menyaksikan harga pelbagai jenis sayur-sayuran di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dikesan naik sekali ganda sejak lebih seminggu lalu.

Antara sayur-sayuran yang mengalami kenaikan mendadak itu ialah kobis bunga, kangkung, kacang botol, kacang panjang dan pegaga.

Salah seorang peniaga di Pasar Batu Enam di sini, Roslina Bakar, 50, berkata, harga semasa bagi kobis bunga kini mencecah RM15 sekilogram (kg) berbanding RM8 pada minggu lalu.

Katanya, harga sayur kangkung juga naik lebih sekali ganda daripada RM4 kepada RM10/kg dan kacang botol daripada RM8 kepada RM15/kg.

“Harga terkini itu jauh lebih tinggi berbanding harga jualan sebelum ini disebabkan faktor cuaca tidak menentu.

“Pekebun dalam dan luar Terengganu mendakwa sukar mengeluarkan hasil tanaman,” katanya ketika ditemui di Pasar Batu Enam di sini semalam.

Roslina berkata, sayur jenis ulam pegaga dari Cameron Highland, Pahang juga dijual RM24/kg berbanding RM12/kg pada ming­gu lalu.

Seorang lagi peniaga, Fazuni Abd. Rashid, 53, pula berkata, sayur jenis sawi pula berlaku kenaikan harga RM2 daripada RM4 kepada RM6/kg disebabkan musim hujan.

Dia yang sudah 30 tahun menjadi peniaga sayur berkata, harga kacang panjang juga naik RM10/kg berbanding RM7 sebelum ini.

“Sukar untuk kami jangka harga dalam masa terdekat,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ayur-pula-melonjak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.114111 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list