View: 4193|Reply: 12
|
Macam mana nak terbitkan buku untuk arwah ayah?
[Copy link]
|
|
Salam semua forumners.. saya tak pasti sama ada sesuai tak saya ajukan soalan ini di sini..
Hmm.. begini...
Arwah ayah ada banyak menulis puisi semasa mudanya. Sebahagian puisi tersebut amat memikat hati saya. Sayangnya arwah meninggal semasa usia masih muda, pada umur 35 tahun ketika saya masih kecil.. Sekarang koleksi puisi2 tersebut ada dalam simpanan saya. Saya ingin melihat karya arwah diterbitkan dalam bentuk buku. Apatah lagi bila melihat ada rakan seperjuangan arwah sudah bergelar sasterawan dan org terkenal. Hajat dihati ingin sangat melihat karya ayah turut mendapat sedikit pengiktirafan. Tidak perlulah ke tahap yg terlalu tinggi, sekurang-kurangnya naskhah2 tersebut tidak reput dimakan lipas.. hehe
Jadi boleh tak share bagaimana caranya, boleh atau tidak boleh?
Terima kasih.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua forumners.. saya tak pasti sama ada sesuai tak saya ajukan soalan ini di sini..
Hmm.. ...
manganini Post at 22-10-2010 13:53
Ini just pendapat... skarang ni byk penerbit2 buku di malaysia. Cuba call penerbit buku ni. Terpulang pada editor sama ada nak terima melalui pos atau jumpa terus. |
|
|
|
|
|
|
|
stuju ngan cmf_wakanabe... cuba hubungi mana2 publisher... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba pm forummer bernama qimi08...
selalu lepak kt bod bakat dan penulisan..
mungkin dia boleh tolong... |
|
|
|
|
|
|
|
tq all..saya tak ada pengalaman langsung dalam bidang ni, so tak tau nak start dari mana..thanks for the suggestion.. nanti saya try.. |
|
|
|
|
|
|
|
Attokz pun boleh tolong gak kut........... |
|
|
|
|
|
|
|
Attokz pun boleh tolong gak kut...........
silverstar333 Post at 24-10-2010 18:09
Uisk..patutla terbatuk-batuk, rupanya Cik Puan Star memanggil-manggil nama ku.
Ok, berbalik pada penerbitan buku ~ ada 2 pilihan. Sama ada untuk menerbitkan sendiri atau untuk diterbitkan oleh publisher.
Katakanlah untuk diterbitkan oleh publisher, di Malaysia tidak banyak atau hampir tidak ada publisher yang sudi/rela/mahu menerbitkan karya dalam bentuk puisi kecuali Dewan Bahasa Pustaka dan Institut Kajian Dasar (IKD). Tetapi ada juga beberapa penerbitan kecil seperti Penerbitan Nusa atau Gapeniaga yang sudah berjaya menerbitkan karya-karya dalam kumpulan puisi.
Jika mempunyai modal sekitar RM3-4k, lebih elok jika dicetak dan diterbitkan sendiri (andaikan buku tersebut mempunyai ketebalan 80-100ms ~ maka di anggarkan secara kasar dapat menghasilkan 400 pcs cetakan). Pengalaman saya menerbitkan beberapa buku (blook) sendiri memberikan kepuasan yang tersendiri. Kekurangan hanya dari segi pemasaran.
Itu pandangan saya. Jika betul-betul serius, bolehlah nanti dibincangkan secara lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# attokz
tima kasih attokz..
kalau terbitkan sendiri tu, maknanya susah nak dapat balik modal ke? saya rasa agak jarang org nak beli buku berbentuk puisi berbanding novel kan? kiranya, lebih kurang kita terbitkan buku tu untuk kepuasan sendiri je ke?
kalau terbitkan sendiri, macam mana pulak nak pasarkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply attokz
tima kasih attokz..
kalau terbitkan sendiri tu, maknanya susah nak da ...
manganini Post at 28-10-2010 22:47
Kita andaikan begini ~
Katakan modal keseluruhan untuk mencetak buku adalah RM4k bagi 400pcs. Jadi kos adalah sekitar RM10/pcs.
Kemudian buku itu dijual dengan harga RM15, maka jualan kasar adalah RM6k.
Secara kasar akan dapat keuntungan RM2k di situ.
Dari aspek pemasaran, memang agak sukar sedikit memandangkan kita menerbitkan secara DIY. Bgmanapun, ada beberapa teknik pemasaran yang boleh digunakan seperti :
1. membekal kepada beberapa kedai buku yang sedia menerima buku bergenre puisi ~ Silverfish Bookstore, MPH, Popular & Kinokuniya
2. menjual melalui laman-laman sosial ~ facebook, twitter, Tagged, Myspace etc.
3. mewujudkan blog jualan sendiri
4. melantik rangkaian kenalan untuk menjadi pengedar
5. menghadiri majlis/acara berkaitan sastera dan puisi ~ boleh jual disitu
* menerbitkan buku sendiri tidak susah dan juga tidak senang. Tp boleh dilakukan dengan jaya dan kepuasan tersendiri.
Macammana nak jadikan buku ini istimewa dan mempunyai kualiti setanding/setaraf DBP?
Kita bincangkan nanti.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh...tq for the info.. rasa macam masuk kuliah le pulak...
hehehe
Macammana nak jadikan buku ini istimewa dan mempunyai kualiti setanding/setaraf DBP?
Kita bincangkan nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuliah la ni. Menuntut ilmu kat mana-mana sahaja bkn formal dalam kelas semata.
Lagipun saya beri secara percuma dengan niat untuk berkongsi~mencambah pengetahuan. Kalau konsultan kat luar, mau dicaj riban-riban.
Skop dan benchmark setaraf DBP sedikit sebanyak kualitinya saya tahu. Jadi apasalahnya jika kita nak mencetak buku DIY kita juga perlu capai atau melebihi taraf itu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# attokz
ok.. kalau attokz free share2 la specs untuk mencapai kualiti/taraf DBP tu yek.. saya sedia mendengar kuliah attokz.. hihi
terima kasih sekali lagi.. *terharu* |
|
|
|
|
|
|
|
saya sendiri pun memang ada minat nak menulis sebenarnya.. suka tulis novel/cerpen tapi masa kurang mengizinkan.. asyik sibuk ngan keje, idea pun susah nak keluar.. huhu
tapi insyaAllah akan ku capai cita2 ini suatu hari nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|