CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Johor] Tinggal sehelai sepinggang rumah hangus dijilat api

[Copy link]
Post time 15-11-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN rumah mangsa yang terbakar di Kampung Parit Mahang, Senggarang dekat sini, hari ini. FOTO Ihsan pembaca.

Batu Pahat: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka terbakar di Kampung Parit Mahang, Senggarang dekat sini kira-kira jam 12.20 tengah hari ini.

Mangsa, Dolrasul Ahim, 72, berkata ketika kejadian dia dan isteri, Mariah Asmak, 68, berada di rumah manakala anak serta menantunya keluar bekerja.

"Sebelum kejadian saya sedang berehat di ruang tamu menonton televisyen dan isteri sedang menyiapkan bahan-bahan masak untuk makan tengah hari.


"Tiba-tiba siaran televisyen terpadam dan sedar api sudah mula marak dari bahagian tengah rumah.

"Kejadian begitu pantas dan api marak ke seluruh rumah menyebabkan saya dan isteri tidak sempat menyelamatkan dokumen penting di dalam bilik," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Dolrasul, isterinya turut cedera dan melecur di bahagian tangan dan tapak kaki akibat terkena api ketika cuba menyelamatkan diri.

"Semua harta benda termasuk sebuah motosikal, peralatan elektrik, dokumen penting, perabot, wang tunai dan barang kemas turut hangus terbakar.

"Kini kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana tiada satu apa pun dapat diselamatkan. Kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000," katanya.

Katanya, dia bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa dan reda dengan ketentuan Allah atas musibah serta menganggap kejadian berkenaan memberi hikmah kepada mereka sekeluarga.

"Buat masa ini kami terpaksa menumpang di rumah saudara yang berdekatan buat sementara waktu.

"Saya juga berterima kasih kepada pihak berwajib, pemimpin setempat, penduduk kampung serta orang ramai yang datang menyalurkan bantuan yang cepat dan memberi sokongan moral," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohd Baher berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.32 tengah hari.

"Setiba pasukan operasi di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran membabitkan dan memusnahkan 90 peratus kediaman itu.

"Kebakaran juga membabitkan dua orang mangsa yang juga penghuni rumah itu dan salah seorang daripadanya mengalami melecur tahap satu di bahagian tangan dan kaki," katanya.

Katanya, seramai sembilan anggota dari BBP Rengit, dua jentera FRT, satu utiliti kembara dan satu jentera EMRS dihantar ke tempat kejadian manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk berikan rawatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hangus-dijilat-api
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036089 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list