CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Kelantan] Tersang jadi kampung air

[Copy link]
Post time 15-11-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk menggunakan sampan untuk meninjau keadaan rumah yang ditenggelami banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, hari ini. - Foto BERNAMA

PASIR MAS: Kampung Tersang bukanlah 'kampung air' tetapi setiap rumah di sini memilik bot atau perahu sebagai persediaan menghadapi banjir yang sering berlaku.

Setiap kali hujan lebat, kampung itu antara kawasan terawal di Kelantan dinaiki air akibat limpahan Sungai Golok, sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk ditenggelami banjir dan mereka terpaksa menginap di pusat pemindahan sementara (PPS).

Tinjauan di Kampung Tersang hari ini mendapati rata-rata penduduk melakukan persediaan awal bagi menghadapi bencana itu, khususnya menyediakan bot dan sampan sendiri untuk memudahkan urusan harian.

Penduduk, Muhammad Rodi Zakaria, 56, berkata setiap tahun kampung itu berdepan banjir dan tidak hairanlah sekiranya mereka menyediakan pengangkutan alternatif itu kerana jalan raya tidak boleh dilalui.



Penduduk sudah mahir menggunakan sampan di Kampung Tersang, Rantau Panjang. - Foto BERNAMA

"Rutin harian tetap dilakukan walaupun terpaksa menaiki sampan atau bot untuk pergi tempat kerja dan melakukan rutin harian.

"Berdasarkan pengalaman banjir tahun lalu, lebih seminggu kami terpaksa menggunakan bot atau sampan ini kerana rumah masih digenangi air," katanya.

Fauziah Daud, 59, berharap pihak berwajib segera menangani masalah banjir di kampung itu kerana dalam tempoh setahun hampir dua atau tiga kali mereka terpaksa berpindah ke PPS.

"Tempat lain belum kena (banjir), kami sudah kena. Malah, kami kadang kala terpaksa berada di PPS lebih dari seminggu. Saya dah letih apabila banjir berlaku kerana terpaksa kemas rumah dan sebagainya," katanya.



Penduduk Adam Faiz Izham, 15, memeriksa ayam yang diternaknya selepas kawasan kediamann ditenggelami banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang. - Foto BERNAMA

Sementara itu, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak lapan PPS dibuka di Pasir Mas membabitkan 2,076 orang daripada 693 keluarga, setakat 4 petang tadi. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ng-jadi-kampung-air
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.032517 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list