CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Kelantan] PRU-15: Saja suka-suka

[Copy link]
Post time 17-11-2022 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Tanah Merah: Pemuda yang juga seorang tukang jahit menggunakan kreativitinya mencipta baju daripada bendera pelbagai parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mendapat lebih satu juta tontonan di laman sosial, TikTok.

Muhd Zulwafi Ahmad Rosli, 27, yang juga pemegang Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, mengakui tidak menyangka video baju hasil tangannya itu mendapat perhatian jutaan penonton dalam masa kurang 24 jam selepas dimuat naik.

Katanya, dia sekadar suka-suka untuk turut sama 'memeriahkan' suasana berkempen melalui laman sosial selain menggunakan bakat yang ada mencipta baju dengan pelbagai rekaan berbeza menggunakan bendera parti.

"Terdapat banyak komen positif, begitu juga yang negatif selepas hasil tangan saya ini dipertontonkan di TikTok. Tetapi saya tidak ambil hati kerana niat saya sendiri sekadar untuk memeriahkan tempoh berkempen selain tidak memihak kepada mana-mana parti.


"Bila dah siap baju dengan bendera BN contohnya, ada pula penyokong mahukan rekaan menggunakan bendera Pas, kemudian datang pula idea mahukan bendera Pakatan Harapan (PH) dan lain-lain lagi.

"Dalam masa sama, apa yang saya lakukan ini boleh menghilangkan tekanan bekerja selepas hasil tangan saya mendapat pujian, malah ada yang mahu menempah baju mengikut rekaan yang saya jahit itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Panau, di sini, semalam.

Mohd Zulwafi yang juga pengundi di Parlimen Tanah Merah, berkata bendera yang digunakan adalah ihsan daripada penyokong-penyokong parti yang berminat dengan usahanya untuk memeriahkan tempoh berkempen itu.

"Sebenarnya idea timbul selepas saya melihat ramai yang menggunakan kreativiti menghasilkan pelbagai rekaan seperti kereta berhias, wau gergasi serta replika helikopter menggunakan lambang parti.

"Oleh itu, saya berfikir untuk turut menggunakan kemahiran yang ada iaitu menjahit dengan mencipta baju pelbagai rekaan menggunakan bendera parti.

"Proses menjahit tidaklah begitu rumit kerana baju dibuat sekadar untuk pandangan mata netizen bukanlah beriya-iya untuk dipakai, namun jika ada yang berminat untuk membuat tempahan saya terima sahaja dengan jahitan yang lebih kemas dan bersesuaian," katanya.

Muhd Zulwafi antara tukang jahit lelaki yang berkemahiran menghasilkan baju dengan pelbagai tema majlis serta pakaian pengantin dan mempunyai harapan tinggi untuk menjadi pereka fesyen terkenal suatu hari nanti.


MUHD Zulwafi menunjukkan rekaan baju menggunakan bendera parti. FOTO Syaherah Mustafa
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-suka-suka-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.185354 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list