View: 2260|Reply: 2
|
[DUNIA]
Kenapa Rumah Orang Norway Warna-warni & Banyak Yang Merah? Ini Makna Disebaliknya
[Copy link]
|
|
Kenapa Rumah Orang Norway Warna-warni & Banyak Yang Merah? Ini Makna Disebaliknya
Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi Norway, anda mesti pernah melihat suasana penempatan masayarakat di sana. Namun, mesti satu perkara yang mengundang rasa hairan kerana hampir semua bangunan di sana berwarna merah.
Adakah terdapat makna tersirat disebalik pemilihan warna tersebut ataupun, memang masyarakat di sana gemarkan warna merah?
Secara tradisionalnya, rumah-rumah di Norway akan dicat dengan warna merah terang, kuning ataupun putih. Suatu ketika dahulu, pemilihan warna ini biasanya bergantung terhadap status kewangan keluarga, lokasi geografi dan perkerjaan.
Untuk makluman, sesetengah warna memerlukan beberapa sumber bahan, maka harga atau kos penghasilan beberapa warna cat akan menjadi lebih tinggi berbanding warna yang lain selain bergantung terhadap ketersediaan dan akses terhadap pelbagai sumber bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cat tersebut.
Berikut merupakan ‘makna’ disebalik warna-warna cat yang popular di Norway:
1. Merah
Warna merah merupakan warna cat yang paling murah untuk dihasilkan. Ia boleh didapati dengan mencampurkan oker bersama besi oksida (karat) dan minyak ikan kod (ataupun dengan minyak lain seperti mintak sayuran dan minyak haiwan).
Oleh itu, banyak bangunan di tempat perladangan atau kawasan nelayan, yang mana pendapatan penduduk di sana biasanya lebih rendah daripada kebiasaan akan mengecat rumah mereka dengan warna merah.
Ini juga menjelaskan mengapa kebanyakan kawasan rumah perladangan di desa Eropah biasanya akan dicat dengan warna merah, mengikut kebiasaan.
2. Kuning
Warna kuning lebih mahal berbanding dengan warna merah walaupun ia boleh didapati dengan cara mencampurkan oker bersama minyak ikan kod.
3. Putih
Warna putih dikira sebagai warna yang paling mewah disebabkan harganya yang mahal. Pada zaman dahulu, zink mineral diperlukan untuk menghasilkan warna ini, yang warna harganya sangat mahal.
Bagaimana warna rumah ini mempengaruhi masyarakat Norway
Oleh sebab itu, jika seseorang mengecat rumahnya dengan warna putih, orang tersebut menunjukkan kepada jiran tetangga bahawa mereka seorang yang kaya raya ataupun dengan istilah yang sering digunakan rakyat Malaysia, golongan T20.
Namun, ada juga para peladang yang memiliki hasil pendapatan yang lumayan, akan mengecat warna rumah mereka dengan warna putih tetapi bangunan persekitarannya seperti bangsal akan dicat dengan warna merah. Bagus juga, kalau ada tetamu hendak datang menziarah, mereka tidak akan tersilap untuk memasuki bangunan yang salah.
Namun, ada juga keluarga yang risau akan imej mereka mereka sebagai penduduk di perairan barat Norway. Golongan ini akan mengecat dinding yang menghadap bahagian laut dengan warna putih dan mengecat dinding yang ‘kurang penting’ dengan warna merah.
Dengan erti kata lain, seperti mana masyarakat yang menggunakan kereta sebagai simbol status kekayaan seseorang, orang Norway dahulu kala menggunakan warna rumah mereka untuk meletakkan indikator kekayaan seseorang.
Norway pada masa kini
Walau bagaimanapun, indikator warna rumah ini tidak lagi signifikan dalam kalangan masyarakat Norway. Jika anda pergi ke Norway, ada juga penduduk Norway yang mula mengecat rumah mereka dengan warna-warna selain daripada merah, kuning dan putih selari dengan peredaran zaman.
Penggunaan warna merah ini masih tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas disebabkan pilihan warna ini juga praktikal untuk menjadikan bangunan rumah anda ceria dan tidak suram, khususnya pada musim sejuk.
Selain itu, warna bendera Norway yang menggunakan warna merah sebagai warna dominan juga menjadikan faktor mengapa rakyat Norway kini masih menggunakan warna merah untuk menghiasi dinding tempat kediaman mereka.
Kini, warna merah di Norway tidak meletakkan konotasi ‘miskin’ namun ia memberikan konotasi kepada masyarakat yang rajin berusaha.
Berminat nak tengok rumah ni dengan lebih dekat?
Jika anda ingin menyaksikan warna-warna rumah Norway dengan lebih baik, anda boleh merancang perjalanan anda di salah sebuah wilayah di negara tersebut iaitu, Bergen.
Tarikan utama Bergen adalah daerah pelabuhan yang terkenal iaitu Bryggen, yang juga merupakan Pelabuhan Warisan Dunia UNESCO.
Ia merupakan salah sebuah bandar pelabuhan tertua di Utara Eropah dan sebuah kawasan perdagangan terkemuka di Norway.
Sumber:https://siakapkeli.my/2022/11/16 ... makna-disebaliknya/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantik! teringn nak pergi negara yang ada rumah2 tradisional |
|
|
|
|
|
|
| |
|