View: 1785|Reply: 8
|
Victoria Trauma Ditinggal Anak Kesayangan, Takut Beckham Meninggalkannya Selama-Lamanya
[Copy link]
|
|
Victoria Beckham meluahkan kebimbangan terhadap rumah tangganya bersama bintang bola sepak, David Beckham.
Bekas anggota kumpulan Spice Girls itu berkata, dia trauma jika ditinggalkan David selepas anak lelaki mereka, Brooklyn memulakan kehidupan baharu jauh dari London selepas berkahwin dengan Nicola Peltz.
IG Victoria
Penyanyi dan pereka fesyen itu bimbang David akan menjadi orang seterusnya yang meninggalkan dirinya suatu hari nanti.
Victoria trauma ditinggalkan anak kesayangan, Brooklyn.
"Saya bimbang sekiranya David akan pergi meninggalkan saya memandangkan kami masing-masing sudah berusia," katanya dipetik Geo Entertaiment.
Mengetahui kebimbangan isterinya itu, David dikatakan memberi layanan istimewa kepada Victoria agar kebimbangan itu tidak menghantui dirinya.
IG Victoria
"Saya melihat betapa kecewanya Victoria dengan apa yang berlaku selepas Brooklyn berkahwin, Dia benar-benar sayangkan anak sulung kami itu.
"Selepas Brooklyn berkahwin saya lebih memberikan perhatian kepadanya agar dia tidak rasa kecewa atau kesunyian," ujarnya.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam 1 family / umah mana leh ada 2 queen.. |
|
|
|
|
|
|
|
X ckup kat DailyMail, kat sini pun ada news psl Beckham's family. |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem anak dia yg pakai jacket brown tu huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia cruz tu memula tgk.tak comel.langsung masa kekecik
Dah beso ok plak..haha...
Cruz kan yang jaket.coklat tu |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 18-11-2022 10:14 AM
Anak dia cruz tu memula tgk.tak comel.langsung masa kekecik
Dah beso ok plak..haha...
Cruz kan yang ...
Romeo chuolls. Cruz tu yg pakai color biru tu, anak lelaki bungsu dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Whatsofunnyth replied at 18-11-2022 10:33 AM
Romeo chuolls. Cruz tu yg pakai color biru tu, anak lelaki bungsu dorang
Hah romeo tu..
Tqtq uols..
Masa.kecik2 iols.fikir.muka dia mcm.sapa la tak.comel.neh.
Bila dah beso..jadi okay juga rupa dia..
Yang cruz tu mak aih..lain sungguh..cm selebet je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 18-11-2022 03:11 PM
Victoria ni kalau tengok gambar zaman Spice Girls jenis badan sedap jugak, bukan kurus kerempeng macam sekarang. Tapi dia senyum memang nampak pelik.
Anak sulung lepas kawen ikut bini, ke dia mmg banyak base kat US sebelum kawen pun? Dapat pulak menantu yang tak sebulu. Standard le anak2 dah besar ada kehidupan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb gigi x lawa kot..tu sbb dia x suka senyum ms bergambar..mcm aku kalo bergambar nampak gigi siung jd nampak bibir senget..mmg avoid senyum dlm gambar..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|