|
Berbeza dengan alas tilam biasa, comforter, duvet atau toto perlulah dibasuh 2-3 kali setahun.
Jika anda tahu cara basuh comforter yang betul, tempoh hayatnya boleh dipanjangkan. Malah, jika anda atau ahli keluarga menghidap alahan, masalah ini boleh dikurangkan sekiranya anda rajin membasuh toto.
Toto atau comforter boleh dikategorikan mengikut material masing-masing. Antara material yang popular ialah bulu, poliester, kapas dan sutera.
Sebenarnya, anda tidak perlu susah payah menghantar toto dan comforter ke dobi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai mesin basuh yang besar dan ragu-ragu mengenai material toto anda, hantar sahajalah ke dobi untuk memudahkan kerja.
Mereka juga boleh berikan nasihat mengenai cara terbaik basuh comforter sendiri di rumah jika anda tidak biasa melakukannya sendiri.
3 cara basuh comforter guna mesin basuh automatik
Jika anda merancang untuk membasuh toto, pastikan anda tidak mempunyai baju lain yang perlu dibasuh. Tangguhkan dulu sebarang cucian lain kerana projek basuh toto anda mungkin akan memakan sepanjang hari.
Untuk pastikan comforter anda bersih, anda perlu membilasnya selama 2 kali. Jika anda pilih untuk mengeringkannya menggunakan pengering, projek anda mungkin akan makan masa berjam-jam lamanya!
Sebelum mula, anda mungkin akan perlukan beberapa barang.
1. Baca label pada comforter atau toto anda
Sebelum anda humban comforter ke dalam mesin basuh, pastikan anda baca dulu label pada comforter tersebut. Kadangkala, pengilang sudah mencetak arahan untuk membasuh comforter pada labelnya.
Ada beberapa material seperti kapas atau sutera yang mungkin akan mengecut selepas dibasuh. Jadi, jika ada arahan yang tercetak pada comforter anda, pastikan anda basuh mengikut langkah-langkah yang diberikan.
Jika label tertulis ‘dry clean only’, pastikan anda serahkan tugas mencuci kepada profesional ya!
Cara basuh comforter 2: Buang kotoran sebelum basuh
Sama seperti membasuh baju biasa, anda perlulah hilangkan kotoran sebelum basuh.
Pastikan anda letakkan pencuci baju betul-betul di atas kotoran yang ingin dihilangkan sebelum memasukkan comforter anda di dalam mesin basuh.
Antara tips yang boleh dipraktikkan sewaktu memeriksa kotoran sebelum mencuci termasuklah membentangkan toto atau comforter di atas katil, meja atau lantai, menyapu pencuci baju pada kawasan yang kotor, menggunakan berus yang lembut untuk buang kotoran tersebut selain pusingkan comforter anda dan lakukan perkara yang sama serta membiarkan pencuci baju selama 15 minit sebelum basuh.
Periksa dahulu sama ada comforter anda berlubang atau mempunyai jahitan yang tertetas. Jika tidak, comforter atau toto anda mungkin akan terkoyak atau rosak selepas dibasuh.
3. Masukkan comforter ke dalam mesin
Masukkan comforter atau toto anda ke dalam mesin basuh dengan berhati-hati. Jangan lupa, untuk pastikan cucian anda benar-benar bersih. Caranya, pastikan toto anda ada ruang yang cukup untuk berpusing.
Sebab itulah, anda perlukan mesin basuh yang besar untuk membasuh toto. Gunakan air sejuk dan pencuci baju yang lembut. Jika boleh, bilas comforter anda 2 kali supaya bekas sabun dapat dihilangkan sepenuhnya.
Kemudian, spin seperti biasa dan sidai di luar.
Selepas ini, anda bolehlah praktikkan cara basuh comforter yang kami jelaskan di atas. Selamat mencuba!
Sumber:https://siakapkeli.my/2022/11/13 ... ar-tak-rosak-kecut/
|
|