CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kereta terbalik, seorang maut dan satu cedera

[Copy link]
Post time 19-11-2022 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Kereta terbalik, seorang maut dan satu cedera

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 19, 2022 @ 7:51am   [email protected]




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan yang terbalik, di Sungai Pinang, Georgetown, menyebabkan seorang maut dan satu lagi cedera. NSTP/Ihsan JBPM




GEORGETOWN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Sungai Pinang di sini, awal pagi tadi.

Kereta Perodua Alza yang dinaiki mangsa dipercayai terbabas sebelum terbalik menyebabkan kedua-duanya terperangkap di dalam kenderaan itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fauzian Izzuan Abdullah, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.44 pagi.

Katanya, setiba di lokasi, kenderaan itu didapati dalam keadaan terbalik dan terdapat dua mangsa terperangkap di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

"Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fauzian Izzuan berkata, mangsa pertama dikeluarkan pada jam 2.10 pagi, diikuti lelaki kedua seminit kemudian.

Katanya, mangsa pertama cedera pada kepala manakala lelaki kedua disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

"Kedua-dua mangsa yang berusia 30-an itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.040222 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list