CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 21-11-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Pulau Pinang

21 November 2022   02:27pm






Kon Yeow




GEORGETOWN - Kakitangan awam kerajaan negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bakal menerima bayaran bantuan khas kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, bayaran itu melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta.

"Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya," katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Katanya, pemberian RM300 seorang juga akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.

Selain itu, RM200 seorang akan diberikan kepada guru Tahfiz, guru Pondok dan guru Tadika Islam negeri, melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM900,000.

"Semua bayaran BKK dan pemberian ini akan dibuat pada bulan Disember 2022," katanya.

Persidangan DUN bersambung esok. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.039129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list