CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jalan licin punca kereta terbabas

[Copy link]
Post time 22-11-2022 01:47 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA JBPM Port Dickson memadamkan api selepas sebuah pacuan empat roda yang terbakar selepas terbabas di Kilometer 9.2 Lebuhraya Seremban - Port Dickson. FOTO Ihsan JPBM.

Port Dickson: Jalan licin menjadi punca yang menyebabkan sebuah kereta terbabas lalu terbakar di Kilometer 9.2 Lebuhraya Seremban - Port Dickson awal pagi tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, PBK 11, Mohammad Rosman Md Nor berkata, pemandu yang juga mangsa, Khairisyahrin Mukhtar, 45, selamat tetapi rakannya cedera ringan di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

"Kami dimaklumkan kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki bersama rakannya nyaris hangus selepas kenderaan itu terbabas dan terus terbakar.


"Pihak bomba menerima laporan pada jam 6.49 pagi dan sampai ke lokasi 10 minit kemudian yang jaraknya sejauh 9.2 kilometer menghala ke Seremban," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta terbakar membabitkan kerosakan 100 peratus.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius kepada mangsa dan bomba menggunakan dua aliran salur bagi membantu bagi memadamkan kebakaran.

"Api dapat dikawal dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," ujarnya.

Sementara itu, Khairisyahrin berkata, keadaan jalan yang licin menyebabkan dia terbabas sebelum sedar api mula marak terbakar di bahagian enjin.

"Saya bersama rakan terus keluar daripada kenderaan kerana bimbang berlaku letupan kerana api tiba-tiba marak menyala.

"Dengan bantuan salah seorang pengguna jalan raya yang menghubungi bomba bagi memadamkan kebakaran itu namun keadaan kereta musnah teruk tetapi yang lebih penting saya dan rakan selamat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nca-kereta-terbabas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.336026 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list