View: 398|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Peniaga resah rezeki terjejas
[Copy link]
|
|
PENIAGA Medan Niaga dan Medan Selera Dengkil bimbang pendapatan mereka terjejas selepas kawasan perniagaan itu bakal diroboh dan dibangunkan semula sebagai terminal bas moden.
Dengkil: Lebih 10 tahun berniaga di Medan Niaga dan Medan Selera di sini, 52 peniaganya bimbang pendapatan mereka terjejas selepas kawasan perniagaan itu bakal diroboh dan dibangunkan semula sebagai terminal bas moden.
Meskipun dijanjikan lokasi perniagaan baharu, ia bukan jaminan peniaga menarik nafas lega apatah lagi sumber pendapatan utama mereka bisnes yang diusahakan ketika ini.
Peniaga kedai runcit, Jannaki Vadiveloo, 68, berkata, dia dimaklumkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ingin membangunkan kawasan perniagaan itu sebagai terminal bas.
Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut memberikan notis mengosongkan premis sehingga hujung tahun ini.
"Saya rasa berat berpindah kerana sudah menjalankan perniagaan di sini sejak 13 tahun lalu dan jika berpindah ke premis baharu, akan kehilangan pelanggan tetap selain kos sewa mungkin tinggi berbanding RM220 sebulan di sini.
"Saya berharap MPSepang dapat menyediakan premis baharu setanding dengan apa yang kami terima di sini, kerana kami hanya bergantung kepada perniagaan ini sahaja sejak bertahun-tahun lalu," katanya ketika ditemui.
Peniaga buah yang mahu dikenali sebagai Lim, 53, turut mengakui menerima notis berpindah dan bingung mencari premis baharu memandangkan lokasi ketika ini dianggapnya sudah strategik.
Lim berharap MPSepang memberi peluang kepada semua peniaga sedia ada untuk berniaga semula di kawasan itu
"Setakat ini saya masih belum memikirkan mencari premis baharu dan jalan paling mudah membuka perniagaan di tepi jalan namun akan berhadapan saman daripada PBT," katanya.
Sementara itu, peniaga makanan di Medan Selera, Norlela Masruddin, 40, berkata, dia yang berniaga di situ sejak empat tahun lalu belum menerima sebarang notis mengosongkan premis dan tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenai projek pembangunan semula itu.
Katanya, jika benar pelaksanaan itu, pihak berkuasa seharusnya menyediakan premis niaga baharu yang sepadan untuk mereka memandangkan kebanyakan peniaga golongan B40.
"Peniaga akan akur sekiranya diarah berpindah, namun pada masa sama, MPSepang perlu memahami masalah peniaga yang hanya ada perniagaan ini untuk menyara kehidupan selepas berdepan kesukaran akibat pandemik Covid-19," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... sah-rezeki-terjejas
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|