CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

[Johor] Sakit buah pinggang tak halang genggam ijazah

[Copy link]
Post time 22-11-2022 04:56 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Syahmi bersama isteri, Fatin Insyirah Azizan di Majlis Konvokesyen Ke-66 UTM hari ini. FOTO Mary Victoria Dass.

Johor Bahru: "Mungkin ramai tidak percaya saya boleh bekerja, melanjutkan pengajian mahupun berumah tangga selepas disahkan mengalami kegagalan buah pinggang, namun semuanya tercapai atas berkat usaha dan keizinan Allah SWT dan berkat usaha," kata graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohammad Syahmi Azman, 27.

Anak ketiga daripada lima beradik yang berasal dari Jerantut, Pahang berkata, dia tidak pernah menyalahkan takdir sebaliknya sentiasa berfikiran positif dan yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Menurutnya, malah selepas diuji dengan penyakit buah pinggang tahap kronik ketika melanjutkan pengajian pada tahun ketiga di UTM pada 2019, dia juga tidak pernah terfikir untuk menamatkan pengajian.


Katanya, ia bukan perkara mudah kerana untuk belajar, bekerja dan pada masa sama perlu menjalani rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) sebanyak empat kali sehari untuk meneruskan kehidupan.

"Saya terkilan dan pelik apabila didiagnos menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir kerana ia terjadi secara tiba-tiba sedangkan saya tidak merokok dan aktif bersenam selain tiada sejarah menghidapi sakit kronik lain.

"Malah doktor juga tidak dapat mengenal pasti punca penyakit ini dan menyatakan mungkin ia berlaku kerana antibodi tubuh sendiri menyerang buah pinggang dan saya perlu menjalani rawatan.

"Saya bekerja sebagai perancang bandar di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) memilih untuk menjalani rawatan CAPD kerana ia lebih fleksibel berbanding menjalani rawatan di pusat hemodialisis tiga kali seminggu," katanya.

Dia menerima ijazah sarjana muda yang disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

Mohammad Syahmi berkata, dia juga bersyukur kerana ahli keluarga terutama ibu bapanya banyak memberi dorongan dan semangat baginya untuk meneruskan pengajian.

Menurutnya, ibunya pada awalnya tampil untuk menderma buah pinggang namun terpaksa membatalkan hasrat berkenaan atas faktor usia kerana sudah mencecah 60 tahun.

"Selain ahli keluarga, saya bersyukur dengan kehadiran teman hidup penyayang, Fatin Insyirah Azizan, 27, kami mengikat tali perkahwinan pada Oktober tahun lalu.

"Saya bersyukur kerana isteri kini hamil tiga bulan dan dia juga menemani saya ke majlis konvokesyen pada hari ini," katanya.

Menurutnya, dia amat gembira kerana akhirnya impiannya untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah menjadi kenyataan.

Menurutnya, dia yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.73 juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian pada masa depan apabila keadaan kewangannya stabil.

"Belajar itu sebenarnya terapi untuk kesihatan mental dan sihat dan memiliki minda yang segar.

"Penuntut yang diduga dengan masalah kesihatan seharusnya menyahut cabaran untuk meneruskan pengajian kerana jika mereka menamatkannya, ia menjadi suatu kerugian," katanya.

Mohammad Syahmi juga berharap dapat melakukan pemindahan buah pinggang sekiranya terdapat penderma pada masa depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lang-genggam-ijazah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047457 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list