CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Johor] Penduduk pinggir pantai di Batu Pahat berjaga-jaga susulan air pasang besar

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:48 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan air laut yang melimpah di sekitar Pantai Rekreasi Punggur, hari ini. Foto Essa Abu Yamin

Foto Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Beberapa kawasan di Punggur, Rengit di sini dinaiki air hari ini akibat fenomena air laut pasang besar yang bermula sejak semalam.

Seorang penduduk Pun Kawi, 62, berkata, keluarganya kini dalam keadaan berjaga-jaga dengan perkembangan fenomena alam itu ditambah pula dengan hujan yang tidak menentu.


"Air laut setinggi 3.4 meter ke kawasan tebing pantai akibat ombak besar menyebabkan kawasan kedai berhampiran ditenggelami air pada 9.30 pagi tadi, " katanya.

Sementara itu, Ketua Komuniti Nelayan Kampung Sungai Punggur Laut, Abdullah Kassim, 65 berkata, kejadian air pasang besar sudah menjadi lumrah kepada penduduk dan nelayan pantai di kawasan berkenaan.

"Kalau disusuli ribut dan hujan lebat berterusan memang bahaya dan terlalu berisiko. Kami perlu lebih berhati-hati. Tetapi kebiasaannya kami akan periksa dulu keadaan cuaca sebelum turun ke laut.

"Bukan sahaja nelayan yang terjejas mata pencarian, tetapi juga peniaga di kawasan gerai di Pantai Rekreasi Punggur. Peniaga tidak dapat menjual makanan dan minuman kerana kawasan gerai dinaiki air akibat air pasang besar," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menggesa pembinaan benteng pemecah ombak atau batu bom bagi menggantikan benteng yang sedia ada kerana tidak sesuai menampung kesan daripada ombak kuat ketika air pasang besar.

"Sejak lima tahun kebelakangan ini, ombak makin kuat, air pasang makin tinggi. Keadaan makin teruk dan perlukan tindakan segera dengan pembinaan batu bom di sepanjang kawasan pantai kira-kira enam kilometer," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Penguasa Bomba Kanan ll Mohd Salleh Abdul Rahim berkata, paras air laut yang melimpah masih dalam terkawal namun pihaknya sentiasa memantau dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga.

"Tinjauan mendapati di dua kawasan di Kampung Sungai Perpat dan Kampung Sungai Punggur Laut agak terkawal dan air yang melimpah di kawasan terjejas kira-kira setinggi 0.5 meter.

"Orang ramai juga dinasihatkan lebih berhati-hati ketika berkunjung di kawasan rekreasi di pesisir pantai di Batu Pahat dan sentiasa patuhi arahan terkini daripada pihak berkuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-air-pasang-besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5404 Replies : 176
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 32011 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046278 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list