View: 323|Reply: 0
|
[Johor]
Bimbang jika telur kurang sehingga Ramadan dan Syawal
[Copy link]
|
|
Seorang pemilik kedai runcit, menyusun bekalan telur terkahir yang ada di kedainya dekat bandar raya ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN
Johor Bahru: Masalah kekurangan bekalan telur masih berlaku di sekitar bandar raya ini dan ia dibimbangi berlarutan sehingga Ramadan dan Syawal tahun depan.
Seorang pengguna yang juga usahawan bakeri, Nur Aishah Bahari, 35, berkata masalah kekurangan bekalan telur amat memberi kesan kepada perniagaannya.
Katanya, dalam tempoh seminggu, dia menggunakan hampir 10 papan telur gred A dan apabila bekalan sukar diperoleh, pastinya ia memberi kesan kepada penghasilan kek jualannya.
"Memang susah sangat nak dapatkan telur sekarang, satu hari sampai lima kedai saya pergi pun belum tentu dapat beli telur.
"Kalau dilihat, bekalan yang banyak di pasaran adalah telur kampung, tetapi ia tidak sesuai untuk penghasilan kek, manakala ada juga telur omega tetapi amatlah mahal.
"Apa yang saya bimbang apabila menjelang Ramadan dan Syawal nanti sebab biasanya penggunaan telur pada musim itu berganda," katanya yang tidak lagi boleh menempah telur daripada pembekal seperti sebelum ini.
Terdahulu, tinjauan di beberapa kedai runcit, pasar mini, pasar dan pasar raya sekitar bandar raya ini mendapati kebanyakan rak jualan telur kosong atau tidak penuh.
Situasi itu berbeza dengan gambar yang tular di media sosial di sesetengah kawasan yang mendakwa seolah-olah bekalan telur bertambah secara tiba-tiba kononnya selepas Malaysia menerima Perdana Menteri baharu.
Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata, situasi kekurangan telur dilihat masih sama dan tiada sebarang pertambahan bekalan secara mendadak.
"Sebelum ini memang berlaku kekurangan bekalan telur, tetapi kita difahamkan ia berlaku akibat isu subsidi rendah yang mana pembekal tidak boleh 'bertahan' dengan harga kawalan yang ditetapkan kerana terlalu rendah.
"Isu kekurangan bekalan telur ini perlu diselesaikan segera kerana jika ia terus berlarutan, maka mungkin sehingga bulan puasa dan raya nanti, kita akan menghadapi kekurangan bekalan yang sangat serius memandangkan telur adalah item masakan yang penting yang mendapat perhatian tinggi pengguna," katanya ketika dihubungi, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ramadan-dan-syawal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|