View: 342|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Doktor gondol RM2,500 juara Kuiz Pelaburan PNB
[Copy link]
|
|
Peserta Kuiz Pelaburan PNB, Dr Azuwana Supian, 49, dari Hospital Tuanku Ja'afar Seremban muncul Johan dan menggondol hadiah utama bernilai RM2,500 sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Port Dickson: Sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baru menjadi rahsia kejayaan seorang doktor perubatan apabila memenangi hadiah pertama dan membawa pulang hadiah utama RM2,500 semalam.
Seramai 210 peserta bertuah yang dipilih bersaing dalam penyertaan Kuiz Pelaburan PNB dengan menjawab 20 soalan secara pantas sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 Port Dickson.
Dr Azuwana Supian, 49, berkata, dia tidak menyangka cubaannya menyertai Kuiz Pelaburan PNB ini berjaya mendapat tempat pertama kerana tidak tahu selok belok pelaburan.
"Saya mendaftar untuk masuk kuiz ini sekadar suka-suka, sekadar menambah ilmu berkaitan pelaburan dan ketika mencari info berkaitan, ia secara tidak langsung kita belajar dari situ.
"MSAM 2022 di Port Dickson adalah kesempatan terbaik untuk kita tahu banyak perkara berkenaan saham amanah kerana ia banyak bahagian atau produk yang saya tidak tahu sebelum ini," katanya yang bertugas di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
Pemenang kedua, Zamziha Sani, 48, daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan tempat ketiga, Mejar Gan Hong Wei, 38, daripada Kolej Tentera Darat, Port Dickson yang menerima RM1,500.
Peserta, Nor Hanida Karim, 41, dari Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson berkata, kuiz ini bagus kerana memberi banyak manfaat berkaitan pelaburan dan saham.
"Sebenarnya saya banyak tidak tahu berkaitan saham atau pelaburan amanah tetapi dengan menyertai pertandingan ini, ia secara tidak langsung kita dapat tahu jenis pelaburan dan juga peluang kita sebagai pelabur.
"Walaupun saya tidak menang hadiah utama tetapi saya dapat ilmu yang berguna untuk kita terus menjadi pelabur bijak satu hari nanti, mana tahu, ada duit nanti, mungkin saya akan berjinak dengan peluang Pelaburan Amanah Saham untuk menyimpan wang secara bijak," ujarnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kuiz-pelaburan-pnb |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|