View: 406|Reply: 0
|
[Johor]
SAHC bela rakyat tempatan ditimpa kemalangan di Singapura
[Copy link]
|
|
JANEY Wong menyampaikan sumbangan cek kepada mangsa kemalangan di tempat kerja di Singapura, hari ini. FOTO Mary Victoria Dass
Johor Bahru: Kira-kira 900,000 rakyat tempatan yang bekerja di Singapura seharusnya mengenali undang-undang asas yang melindungi pekerja asing di negara republik itu terutama hak masing-masing sekiranya berlaku kemalangan.
Penasihat Undang-undang Pusat Bantuan Kemalangan Singapura (SAHC), Hoh Chin Cha berkata, satu pertiga daripada keseluruhan penduduk tempatan yang bekerja di Singapura juga berulang alik setiap hari.
Beliau berkata, malangnya ramai penduduk tempatan tidak mengetahui prosedur yang betul sekiranya berlaku kemalangan.
Menurutnya, akibatnya, mereka gagal melakukan perkara yang sepatutnya hingga menjejaskan tuntutan atau pampasan yang sepatutnya diterima.
"Jika cedera, perkara utama yang perlu lakukan adalah menghubungi ambulans di talian 995 dan mendapatkan rawatan.
"Anda harus menghubungi ambulans walaupun merasakan kecederaan itu kecil, kerana ia mungkin lebih serius daripada apa yang dirasakan.
"Ramai mangsa kemalangan cenderung tidak melakukannya kerana buntu memikirkan kos perubatan yang tinggi perlu ditanggung di hospital Singapura.
"Bagi pemegang pas pekerjaan dan pas S, majikan diwajibkan membayar perbelanjaan perubatan mereka sepenuhnya tanpa mengira kira sama ada kemalangan itu berkaitan dengan kerja atau sebaliknya," katanya pada sidang media di SAHC di sini hari ini.
Hadir sama, wakil SAHC, Janey Wong.
Hoh berkata, segelintir majikan turut bersikap lepas tangan dengan kononnya mendakwa mereka tidak terikat untuk membiaya perbelanjaan perubatan kerana ia tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Menurutnya, pekerja tempatan tidak seharusnya terpedaya.
"Jangan bimbang berkaitan motosikal atau kenderaan anda, ia akan ditunda dan dalam simpanan bawah pemantauan pihak berkuasa, malah ia adalah percuma.
"Jadi, tidak perlu menggunakan perkhidmatan trak tunda.
"Berkaitan kes langgar lari yang mana pihak yang salah gagal dikesan, sebenarnya terdapat mekanisme untuk mendapatkan pampasan," katanya.
Sementara, Janey berkata, sejak bermula fasa peralihan ke endemik, SAHC yang juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kembali beroperasi seperti biasa serta membantu rakyat negara ini yang terbabit dalam kemalangan di Singapura.
Beliau berkata, SAHC akan menyediakan perkhidmatan tunda percuma kepada ahlinya dari perkarangan polis trafik ke lokasi sekitar di Singapura atau di Johor Bahru.
Menurutnya, pihaknya turut menyalurkan sumbangan kepada mangsa kemalangan (bergantung kepada keadaan dan keperluan mangsa).
Katanya, baru-baru ini SAHC menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa kemalangan dikenali sebagai Azmi.
"Kami difahamkan Azmi diminta menandatangani dokumen sebagai persetujuan bagi menerima pampasan keseluruhan SGD1,300 (RM4,248) dari majikan akibat terbabit kemalangan di tempat kerja beberapa tahun lalu.
"Azmi bagaimanapun tidak mengetahui dokumen berkenaan dirangka sebagai perjanjian penyelesaian.
"Dia sepatutnya menerima tuntutan kira-kira RM300,000 dan kami berusaha bagi mendapatkan pembelaan bagi Azmi yang mengalami kecederaan serius di kepala hingga bergelar orang kurang upaya (OKU).
"Dalam usaha meringankan beban Azmi, menerusi derma dikumpul, SAHC menyalurkan sumbangan RM10,000," katanya.
Orang ramai boleh mengunjungi Pejabat SAHC di 107, Jalan Perisai, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru atau menghubungi talian 07-330 9193 bagi maklumat lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... langan-di-singapura |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|