View: 1819|Reply: 5
|
Penari Dah Boleh Duduk, Mandi Selepas 4 Bulan Dihempap Skrin Gergasi
[Copy link]
|
|
Penari yang cedera parah dihempap skrin LED gergasi sewaktu mengiringi persembahan konsert kumpulan Mirror dilaporkan semakin stabil sejak insiden menggerikan itu.
Bapa Lee Kai Yin, Derek Li memaklumkan dia kini sudah boleh duduk di atas kerusi roda untuk tempoh lebih lama berbanding sebelum ini, malah mandi buat kali pertama dalam tempoh empat bulan selepas kejadian.
Yahoo
Sebelum ini, laporan media mendedahkan penari berusia 28 tahun itu dikatakan berkemungkinan lumpuh daripada bahagian leher akibat kemalangan berkenaan.
Pada awal November lalu, pasukan petugas yang meninjau lokasi kemalangan mendapati penganjur konsert gagal mengesahkan keselamatan pemasangan skrin LED sehingga menyebabkan dua orang penari termasuk Kai Yin cedera parah.
Sehubungan itu, Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong, Kevin Yeung Yun Hung merancang untuk memperkenalkan skim perintis yang mewajibkan kerja-kerja pemasangan pentas dan peralatan diperiksa pihak ketiga.
Kevin memberitahu projek itu merangkumi butiran seperti barangan yang digunakan perlu mendapat pengesahan selain pemilihan lokasi konsert di tempat kendalian kerajaan.
The Independent
Untuk rekod, sebuah skrin berkenaan terjatuh ketika kumpulan Mirror sedang membuat persembahan di Hong Kong Coliseum pada 28 Julai 2022.
Dua orang penari di atas pentas mengalami kecederaan dan konsert yang sepatutnya berlangsung sehingga 6 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram tngok video ni kat YT sbb monitor tu btul2 jtuh kat ats this dancer. |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang umo dia.. Ingatkan dah xde harapan hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan mati. hidup lagi rupanya.. aduhh scary tgk video tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib masih hidup....panjg umur...kuat jugak la dia ni bertarung nyawa sbb LED tu jatuh kena kepala dia kot |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib panjang umur dia, keluarga dia patut saman semua yang terlibat |
|
|
|
|
|
|
| |
|