|
ANGGOTA bomba meninjau runtuhan tebing sungai dekat Taman Sri Anggerik, Rantau, di sini. FOTO Ihsan Bomba.
Seremban: Runtuhan tebing sungai dekat Taman Sri Anggerik, Rantau, di sini, petang tadi menyebabkan halaman hadapan sebuah rumah turut runtuh.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian ketika hujan lebat kira-kira jam 3.50 petang itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, ini adalah kejadian tanah runtuh kedua di lokasi sama yang mana kejadian pertama pada awal bulan lalu.
"Pihak kami menerima panggilan jam 3.51 petang sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau bergegas ke lokasi.
"Pemantauan awal mendapati tebing sungai di Jalan TSA 1/A, Taman Sri Anggerik runtuh. Sungai berkenaan berada bersebelahan salah sebuah rumah penduduk dan mengakibatkan bahagian hadapan rumah turut runtuh," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pemantauan lanjut mendapati kejadian dan situasi di lokasi turut memberi risiko kepada beberapa rumah lain.
"Pihak bomba menasihatkan penghuni rumah terbabit dan beberapa rumah lain supaya berpindah buat sementara waktu sehingga keadaan disahkan selamat.
"Insiden ini kini di bawah pemantauan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kerana kejadian pertama berlaku pada malam 11 November lalu membabitkan runtuhan tebing sungai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alaman-rumah-runtuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|