CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Kelantan] Bikin pasu bunga guna tuala terpakai

[Copy link]
Post time 7-12-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Aziz menunjukkan pasu bunga diperbuat daripada tuala terpakai yang dihasilkannya di rumahnya di Kampung Chatel Damai. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

Kuala Krai: Kebiasaannya tuala lusuh dijadikan kain buruk atau dibuang namun lelaki ini menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan pasu bunga unik menggunakan tuala terpakai sebagai bahan utama.

Abdul Aziz Setapa, 47, yang juga pekerja swasta berkata, idea untuk menghasilkan pasu daripada tuala tercetus apabila memerhatikan hobi isterinya, Nor Asyikin Abdul Wahab, 43, yang suka menanam pokok bunga.

Menurutnya, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mencuba untuk menghasilkan sendiri pasu bunga yang diperbuat daripada tuala terpakai.


Katanya, halaman rumahnya dihiasi dengan pasu bunga unik itu hasil kreativitinya yang dimanfaatkan oleh isterinya untuk menanam pelbagai pokok bunga.

"Pasu ini dihasilkan melalui pemerhatian dan gerak hati yang suka mencipta benda baharu. Pada peringkat awal, saya hanya menghasilkan pasu ini sebagai aktiviti memenuhi masa lapang pada waktu malam selepas pulang kerja, selain pada setiap cuti hujung minggu.

"Saya buat pasu ini untuk dijadikan tempat menanam pokok di rumah, tetapi apabila ada kenalan datang dan melihat pasu ini agak unik menyebabkan mereka tertarik dan mahu membelinya.

"Memikirkan proses pembuatannya tidak sukar, saya cuba berkecimpung dalam pembuatan pasu ini dan tidak menyangka kini boleh membantu menjana pendapatan sampingan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chatel Damai, di sini.

Bapa empat anak berusia enam hingga 22 itu berkata, proses pembuatan pasu tidak rumit kerana hanya menggunakan tuala sebagai bahan utama, larutan simen dan acuan.

"Dengan bantuan larutan simen, kain tuala yang bersifat lembut ini boleh ditukar menjadi pasu bunga yang keras, cantik dan unik.

"Tuala terpakai disalut dengan larutan simen dan dibentuk menjadi pasu lalu akan dijemur untuk dikeringkan serta dicat sebelum dijual kepada pelanggan," katanya.

Abdul Aziz berkata, bagi memenuhi permintaan dan menyiapkan tempahan pasu itu, dia membeli 30 hingga 40 kilogram tuala di merata-rata kedai pakaian terpakai di negeri ini.

"Pasu yang siap dijual serendah RM7 hingga RM50 sebuah bergantung pada saiz serta bentuk pasu. Walaupun jualan pasu menentu namun hasil diperoleh dapat membantu menyara keluarga," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... guna-tuala-terpakai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035752 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list