CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

Taffarel pastikan Brazil selamat

[Copy link]
Post time 8-12-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Taffarel ketika sesi latihan Brazil di Stadium Al Arabi SC.

Doha: Penjaga gol utama Brazil, Alisson Becker masih lagi bayi ketika Claudio Taffarel menyelamatkan penalti Daniele Massaro bagi membolehkan Selecao menewaskan Itali untuk menjuarai Piala Dunia 1994.

Hampir tiga dekad selepas membantu Brazil meraih gelaran keempat Piala Dunia, Taffarel sekali lagi memainkan peranan dalam misi gergasi Amerika Selatan itu menjulang trofi keenam mereka.

"Saya selalu menjerit 'Taffarel!' Ia bukan sahaja berlaku kepada saya ketika kanak-kanak malah kepada ramai rakyat Brazil," kata Alisson.

Taffarel yang kini berusia 56 tahun adalah jurulatih penjaga gol yang melatih Alisson selain Ederson (Manchester City) dan Weverton (Palmeiras).


Ketika fokus lebih kepada jentera serangan Brazil, Taffarel mempunyai trio penjaga gol yang dianggap terbaik berbanding pasukan lain di Piala Dunia.

"Dia menjadi rujukan kami," kata bintang Liverpool, Alisson yang cemerlang ketika Brazil membelasah Korea Selatan 4-1.

"Apa yang mengagumkan saya ialah dia menurunkan ilmu dengan sebaiknya, tanpa paksaan. Dia memberikan impak besar kepada kemajuan karier saya."

Taffarel yang dianggap penjaga gol terbaik sepanjang zaman Brazil menyertai barisan skuad kebangsaan pada 2014 tetapi sejak tahun lalu dia berkongsi kepakaran di Liverpool kendalian Jurgen Klopp.

"Kami mahu mencipta falsafah penjaga gol sendiri," kata Klopp ketika kehadiran Taffarel di Anfield.

"Dia pemain terbaik dunia. Kami bercakap dengan Alisson dan dia sangat gembira. Dia mengenali Taffarel sejak bertahun lalu dan kini bersama kami."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ikan-brazil-selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.531052 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list