View: 344|Reply: 0
|
Untung la muka seiras Ronaldo...
[Copy link]
|
|
Untung la muka seiras Ronaldo...
BEWAR Abdullah mempunyai muka seiras Ronaldo. FOTO Agensi
London: Seorang lelaki yang mempunyai wajah seiras Cristiano Ronaldo berkata ramai wanita menyayanginya, begitu juga dengan peminat lain yang mahu mendekatinya.
Bewar Abdullah, 28, dari Birmingham pernah mendapat tempahan bagi majlis hari jadi kanak-kanak ekoran wajahnya yang seiras dengan bintang Portugal itu.
Bewar juga mendedahkan, dia menerima banyak perhatian terutama daripada golongan wanita walaupun selepas penyerang sensasi itu keluar dari Manchester United.
Terdahulu, dalam perlawanan Piala Dunia 2022 pusingan 16 terakhir antara Portugal dan Switzerland, Ronaldo hanya diletakkan di bangku simpanan meskipun pasukannya memperoleh kemenangan selesa 6-1.
Bewar yang berasal dari Kurdistan berkata, penampilannya membuatkan dia sangat popular apabila keluar di khalayak ramai.
"Ramai orang mendekati saya dan meminta gambar dan video.
"Mereka menjerit 'Ronaldo' apabila melihat saya. Peminat menganggap kami seperti epal yang dibelah dua kerana kami kelihatan sangat serupa.
"Apabila saya menonton perlawanan Portugal bersama orang ramai, suasana di situ sangat bagus.
"Mereka menunggu Ronaldo menjaringkan gol supaya saya boleh melakukan 'Siu'.
"Semua ini menjadikan saya memasang impian untuk bertemu Ronaldo yang sebenar satu hari nanti.
"Peminat juga menjemput saya ke majlis hari jadi anak-anak mereka sebagai hadiah," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... muka-seiras-ronaldo
|
|
|
|
|
|
|
| |
|