CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

'Maradona perhati kami dari syurga'

[Copy link]
Post time 10-12-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Lionel Messi diasak tiga pemain Belanda pada aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Lusail. - AP

LUSAIL: Lionel Messi berkata Argentina terasa kehadiran mendiang Diego Maradona sepanjang kempen Piala Dunia termasuk ketika mereka menewaskan Belanda menerusi penentuan sepakan penalti sekali gus mara ke separuh akhir.

Messi menjadi inspirasi untuk membantu Argentina menempah pertemuan dengan Croatia selepas dia mencipta peluang untuk gol pembukaan Nahuel Molina sebelum menambah gol kedua menerusi sepakan penalti.

Namun, Argentina mensia-siakan kelebihan dua gol itu apabila diikat di hujung permainan sebelum penjaga gol, Emi Martinez tenang menyelamatkan dua sepakan penalti pertama Belanda dan kemenangan dinoktahkan menerusi Lautaro Martinez yang menyempurnakan tendangannya.

"Diego memerhatikan kami dari syurga. Dia sentiasa memberi dorongan kepada kami dan saya harap ini kekal sehinggalah ke penghujungnya," kata Messi.


"Apabila Lautaro menjaringkan gol dan kami layak (ke separuh akhir), ia satu kegembiraan yang amat besar dan kami boleh menarik nafas lega.



Sebahagian peminat Argentina mengibarkan sepanduk memaparkan gambar Lionel Messi dan Diego Maradona pada pertemuan dengan Belanda di Stadium Lusail, Qatar. - Foto REUTERS

"Ini satu aksi yang begitu sukar sejak dari mula dan ini yang kami jangkakan. Belanda menyukarkan kami dengan hantaran panjang dan begitu ramai pemain dalam kawasan menyerang.

"Mereka mengikat kedudukan dan kami kecewa. Tetapi kami dapat mengesahkan tempat ke separuh akhir seperti yang kami inginkan."

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni menjelaskan pasukannya tidak berdepan masalah untuk memilih pemain yang bersedia mengambil sepakan penalti sekalipun babak kedua mereka berlangsung dengan buruk.

"Kadang kala, kita berdepan kesukaran dalam situasi seperti itu kerana pemain akan malu. Tetapi kali ini, ada ramai pemain yang bersedia, jadi kami hanya memutuskan mengenai turutan untuk mengambil sepakan penalti.

"Memang benar yang kami sepatutnya tidak diheret ke penentuan sepakan penalti tetapi kami tetap berjuang sehingga tamat permainan.

"Babak kedua amat pelik kerana semuanya dalam kawalan kami cuma anda juga tahu apa yang boleh berlaku dalam bola sepak.

"Ia perlawanan yang indah kerana apabila anda fikir yang semuanya sudah berakhir, anda akan terkejut. Pasukan ini ada pengalaman, maruah, pemain muda dan inilah kuncinya kerana kami mahu berjuang," katanya. -REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan ... ti-kami-dari-syurga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051739 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list