CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Terengganu] Dua rahim pun boleh dapat anak

[Copy link]
Post time 10-12-2022 12:12 PM | Show all posts |Read mode

Nur Hasmidah bersama suami, Ahmad Bakaruddin dan bayi perempuan mereka, Nur Aleesa.


KUALA TERENGGANU – Seorang ibu muda bersyukur dikurniakan zuriat yang kini berusia setahun tujuh bulan biarpun mempunyai sistem peranakan abnormal iaitu Bicornuate Bicollis.

Nur Hasmidah Hamzah, 31, berkata, Bicornuate Bicollis menyebabkan dia memiliki peranakan wanita berganda iaitu dua rahim (uterus), dua pangkal rahim (serviks) dan dua faraj (vagina).

“Saya bersyukur kepada Allah dan berasa sangat bertuah dikurniakan keajaiban bergelar ibu walaupun sistem peranakan saya tidak normal seperti wanita lain.

“Disebabkan sistem peranakan abnormal, proses melahirkan bayi perempuan, Nur Aleesa Ahmad Bakaruddin pada 21 April tahun lalu berdepan kesukaran termasuk uri melekat, namun syukur semuanya selamat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Nur Hasmidah yang berasal dari Pendang, Kedah berkata, dia mula menyedari sesuatu tidak kena apabila didatangi haid dua kali setiap bulan sejak aqil baligh.

Pada mulanya dia menganggap perkara itu normal sehingga mengalami pendarahan haid yang sangat teruk pada 2017.

“Terkejut saya apabila pe­­meriksaan imbasan di klinik mengesyaki saya mempunyai dua rahim yang berisiko untuk sukar memperoleh zuriat.

“Saya disyorkan untuk mela­kukan pemeriksaan lebih terperinci di hospital, tetapi saya enggan kerana masih belum bersedia pada masa itu,” ujarnya.

Nur Hasmidah memberitahu, sewaktu mahu berkahwin pada tiga tahun kemudian, dia berterus-terang kepada bakal suaminya, Ahmad Bakaruddin Mohamed @ Ismail, 28, tentang kekurangan diri.

Dia terharu kerana Ahmad Bakaruddin masih mahu perkahwinan mereka diteruskan juga sebelum dia kemudian disahkan bunting pelamin.

“Pemeriksaan doktor mendapati kedua-dua rahim saya mengan­dungi embrio, namun hanya satu terus membesar sebelum selamat dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 26 April 2021.

“Komplikasi dialami sepanjang proses melahirkan menyebabkan doktor memutuskan untuk melakukan pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada 15 Jun 2021,” katanya.

Katanya, pengkongsiannya itu sebagai motivasi kepada wa­nita yang masih belum memperoleh anak agar tidak cepat kecewa.

“Ramai wanita sering disalahkan apabila gagal memiliki anak, sedangkan mereka mungkin ada masalah kesihatan. Kita perlu sokong antara satu sama lain bukan mengeji,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... n-boleh-dapat-anak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.042901 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list