CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

Shakira dipersalahkan selepas Sepanyol tersingkir

[Copy link]
Post time 10-12-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode

Shakira dipersalahkan selepas Sepanyol tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia selepas tewas kepada Maghribi.

MADRID: Kekalahan mengejut Sepanyol di tangan Maghribi pada Piala Dunia 2022 di Qatar menyebabkan pertukaran jurulatih dalam pasukan La Roja.

Luis Enrique terpaksa meninggalkan jawatannya apabila dipecat oleh persekutuan bola sepak negara itu dan Luis de la Fuente, jurulatih pasukan Bawah 21 Tahun (B-21) kebangsaan tampil sebagai penggantinya.

Namun tiada siapa menjangkakan Shakira, penyanyi terkenal dari Colombia, ada kaitan dengannya.

Ahli tilik nasib Mhoni Vidente bercakap mengenai penyingkiran Sepanyol pada pusingan 16 terakhir di Qatar dan menyalahkan Shakira, dengan mengatakan warga Colombia itu "menyumpah" mereka selepas dia bercerai dengan pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique.


"Sesuatu yang amat berkesan adalah sumpahan Shakira, sumpahan yang dilakukannya terhadap pasukan Sepanyol," kata Vidente dalam rancangan televisyennya.

"Shakira, mantera yang awak bayar kepada saya berkesan supaya mereka tidak meraih kejayaan."

Peramal Mhoni Vidente turut memberikan ramalannya bagi Piala Dunia.

Setakat ini beberapa ramalannya menjadi kenyataan apabila dia berkata, pasukan kebangsaan Mexico akan tersingkir pada peringkat kumpulan dan dia juga bercakap mengenai pemecatan Gerardo 'Tata' Martino, jurulatih Mexico berasal dari Argentina, juga menjadi kenyataan.

Tilikan Mhoni juga berkaitan kehidupan peribadi Shakira. Selepas bercerai dengan Pique, dia meramalkan pasangan baharu warga Colombia itu juga seorang lelaki Colombia, tinggal di Miami dan seorang ahli sukan.

https://www.bharian.com.my/sukan ... sepanyol-tersingkir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 1.181793 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list